Drama Siri Bad Cop Di Astro

Satu lagi siri premium Astro Originals bagi bersiaran dan kali ini menerusi Bad Cop yang akan mula ditayangkan pada 19 Disember 2025.

Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Citra 108. Anda boleh strim lebih awal di On Demand dan Sooka pada jam 12.00 tengah malam pada hari yang sama.

Bad Cop merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017. Bukan itu sahaja. siri ini juga diadaptasi daripada produksi India pada tahun 2024. Kini tersedia dalam versi Malaysia pula.

Episod : 8
Tayangan : Astro Originals
Tarikh : Mulai 19 Disember 2025 (Setiap Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Kavivarmen Vigneswaran, Hadi M Nor, Mira Mustaffa,Zuli Ismail,Lingges
Pengarah : Jason Chong
Produksi : Telltale Studios Sdn. Bhd.

Advertisements
Bad Cop Astro Originals

Barisan Pelakon & Watak

Antara bintang-bintang yang terlibat dalam drama siri ini ialah Aiman Hakim Ridza, Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell, Alvin Wong dan ramai lagi.

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Emir Khalid/Imar Khalid
  • Siti Saleha sebagai Hana Fuad
  • Harvinth Skin sebagai Abhi Selvam
  • Razib Salimin sebagai Khalid
  • Tony Eusoff sebagai Tony Redza
  • Whulandary Herman sebagai Ivy
  • Melissa Campbell sebagai Jia Vern
  • Alvin Wong sebagai Dr. Stanley

Sinopsis Bad Cop

Bad Cop mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah bertembung dengan kembarnya yang terpisah, Imar seorang inspektor polis.

Pertemuan semula itu bertukar emosi apabila Imar ditembak dan dia menyerahkan identiti polisnya kepada Emir sebagai jalan untuk melarikan diri, tetapi memintanya menunaikan satu janji.