Table Of Content
Jangan lupa saksikan telefilem Mihrab Doa yang akan menemui penonton pada 7 Mac 2026, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Sebuah telefilem yang pastiya penuh dengan emosi, kekuatan wanita dan ketabahan rumah tangga. Pasti akan ada air mata yang mengalir bila menonton drama ini.
Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 7 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Khairul Aswad Ramli
Pengarah : Asrulhisyam Ahmad (Black)
Produksi : Utopia Motion Picture Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak
Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nadiya Nisaa, Fezrul Khan, Atira Karma, Taufiq Hanafi, Farah Zainudin, Alynn Techen dan ramai lagi.
- Nadiya Nissa sbagai Natasya
- Fezrul Khan sebagai Ismadi
- Atira Karma sebagai Farisya
- Taufiq Hanafi sebagai Dr. Farhan
Sinopsis Telefilem Mihrab Doa
Telefilem Mihrab Doa mengisahkan tentang seorang wanita bernama Natasya yang berdepan ujian besar apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga.
Walaupun berdepan penyakit yang serius, dia memilih untuk menyembunyikan perkara tersebut daripada suami yang sangat dicintainya demi menjaga perasaan lelaki itu.
Dalam masa yang sama, hubungan mereka turut diuji dengan kehadiran bekas kekasih yang menimbulkan rasa cemburu dan konflik emosi. Namun begitu, sokongan daripada keluarga menjadi kekuatan buat Natasya untuk terus tabah menghadapi dugaan yang menimpa.
Akhirnya, segala rahsia dan perasaan yang terpendam terbongkar juga, membawa kepada satu kebenaran yang memberi kesan besar serta mengubah perjalanan hidup mereka.





