Terhijabnya Pintu Syurga Di TV1 (Panggung RTM)

Malam hujung minggu anda akan disajikan dengan telefilem Terhijabnya Pintu Syurga yang akan menemui penonton menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Aida Khalida, Fezrul Khan, Amanda Misbun, Raja Afiq dan ramai lagi.

terhijabnya pintu syurga

Sinopsis Telefilem Terhijabnya Pintu Syurga

Telefilem Terhijabnya Pintu Syurga bermula dengan kisah setelah kematian suaminya Yahya, Zainab telah tinggal bergilir-gilir bersama anak-anaknya, Hanif, Shila dan Hadi.

Rumah Zainab di kampung telah dilelong kerana Hanif tidak membayar hutang ansuran bank. Kerana kecewa dengan anak-anaknya, Zainab telah melarikan diri.

Zainab dibawa tinggal di Rumah Warga Emas Cahaya Suri oleh Puan Julia, pemilik rumah warga emas tersebut. Anak-anak Zainab risau dan mencarinya.

Puan Julia telah melaporkan kepada pihak polis tentang Zainab. Hanif, Shila dan Hadi telah ke Rumah Warga Emas Cahaya Suri untuk berjumpa dengan ibu mereka. Zainab memaafkan kesalahan anak-anaknya namun memutuskan untuk terus tinggal di situ.

Barisan Pelakon

Nama-nama pelakon yang terlibat seperti Aida Khalida, Fezrul Khan, Amanda Misbun, Raja Afiq, Ikhlas Jalil, Soffwany, Khairil Anwar, Sarimah Mah, Mandy Chong dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Aida Khalida sebagai Zainab
  • Fezrul Khan sebagai Hanif
  • Amanda Misbun sebagai Shila
  • Raja Afiq sebagai Hadi
  • Soffwany sebagai Ida

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Mohamed Nor Bujang, penulisan skrip daripada Mazelan Manan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Pink Letterbox Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Terhijabnya Pintu Syurga yang akan menemui penonton pada 30 Mac 2024, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 30 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Mohamed Nor Bujang
Produksi : Pink Letterbox Sdn. Bhd.

Leave a Comment