Drama Dan Mimpi Pun Berguguran Astro Ria (Slot Tiara)

Mulai 15 Julai ini, sebuah drama terbaru yang akan bersiaran menemui penonton berjudul Dan Mimpi Pun Berguguran menerusi slot Tiara di Astro Ria.

Drama yang menggantikan Bunga Salju ini merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama ‘Dan… Mimpi Pun Berguguran’ karya Liana Afiera Malik.

Sinopsis Drama Dan Mimpi Pun Berguguran

Marissa Adeline atau Icha, dibesarkan dalam keluarga kaya tetapi terabai. Ketika dia tahu bapanya berkahwin lagi demi anak lelaki, dunianya hancur.

Icha mendapat ketenangan dalam hubungannya dengan abang saudaranya, Saiful Badar. Hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan, tetapi tragedi datang apabila Saiful diserang kanser dan Icha dijangkiti HIV dari peristiwa rogol masa lalu.

Bagaimanakah nasib Icha dan Siaful Badar dalam menghadapi cabaran yang menghampiri?

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Daniella Sya, Nazim Othman, Muaz Zabir, Hanna Aqeela, Azhar Amir, Zoee Tan dan Shah Rezza.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada pelakon Alif Hadi, Mia Nasir, Mathni Razak, Natasha Elyzza dan ramai lagi.

Advertisements
  • Daniella Sya sebagai Icha ‘Marissa’
  • Nazim Othman sebagai Saiful Badar
  • Muaz Zabir sebagai Badrul
  • Hanna Aqeela sebagai Humairah
  • Azhar Amir sebagai Tuan Rais
  • Zoee Tan sebagai Puan Sofea
  • Shah Rezza sebagai Farid
  • Alif Hadi sebagai Matin
  • Mia Nasir sebagai Mazy
  • Mathni Razak sebagai Anuar
  • Natasha Elyzza sebagai Diana
dan mimpi pun berguguran

Produksi & Pengarah

Drama 50 episod ini merupakan arahan pengarah terkenal Bade Hj. Azmi, nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk Lagu : Apa Makna Cinta
Penyanyi : Hazam
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Ary

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Dan Mimpi Pun Berguguran mulai 15 Julai 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria dan secara online di Sooka.

Leave a Comment