Table Of Content
Saksikan semula telefilem Haluan yang akan menemui penonton pada 14 Disember 2024, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik secara percuma.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Jo Yusof dan diterbitkan oleh syarikat produksi Motion Cruise Screen dengan kerjasama RTC Picture.
Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 14 Disember 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm
Pengarah : Jo Yusof
Produksi : Motion Cruise Screen & RTC Picture
Pelakon & Watak
Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nadia Brian, Reen Rahim, Azhan Rani, Laila Nasir, Syafie Naswip, Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty dan ramai lagi.
- Nadia Brian sebagai Wati
- Reen Rahim sebagai Erin
- Syafie Naswip sebagai Hisham
- Johan Raja Lawak sebagai Rizal
Sinopsis Telefilem Haluan
Telefilem Haluan mengisahkan tentang pengorbanan Wati yang melarikan diri ke Kuala Lumpur bersama adiknya, Erin, untuk menghindari gangguan ayah tiri dan bapa saudara mereka.
Demi menjaga Erin yang menghidap asma, Wati terpaksa mencuri. Namun, selepas ditangkap Rizal, dia insaf.
Apabila mereka kembali ke kampung, Wati terpaksa mempertahankan Erin dengan menikam bapa saudara mereka, Hisham, yang cuba merogol Erin lagi, mengejutkan seluruh keluarga.