Telefilem Dosa Tak Terampun Di TV1 (Panggung RTM)

Saksikan telefilem Dosa Tak Terampun yang akan menemui penonton semula pada hari Sabtu, 28 Mac 2026, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem ini merupakan arahan sutradara hebat, Bade Hj. Azmi, nukilan skrip daripada Soula Nordin dan diterbitkan oleh syarikat produksi New Dimension SVC Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2025
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 28 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Soula Nordin
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Produksi : New Dimension SVC Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Fauziah Dato Ahmad Daud, Nad Zainal, Wan Maimunah, Shafie Naswip dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nad Zainal sebagai Junaidah
  • Shafie Naswip sebagai Jufri
  • Wan Maimunah sebagai Jamaliah

Sinopsis Telefilem Dosa Tak Terampun

Telefilem Dosa Tak Terampun mengisahkan tentang Junaidah iaitu seorang tukang jahit kampung yang dihantui dosa-dosanya, termasuk menderhaka kepada ibunya, Jamaliah, dan mengandung anak luar nikah, Jufri.

Junaidah hidup dalam kekesalan dan skizofrenia akibat maksiat silamnya, sementara Jufri menjadi penagih dadah dan bengis. Akhirnya, satu tragedi berlaku, mendedahkan siapa Junaidah yang sebenar.

Leave a Comment