Drama Aku Bukan Ustazah Di TV3

Selepas tamat Wanita Syurga, drama Aku Bukan Ustazah akan mula bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 iaitu bermula 3 Mei 2024.

Drama adaptasi novel dengan judul yang sama karya Lyna Masud ini menampilkan gandingan pelakon yang kini meningkat naik Erysha Emyra bersama MK K-Clique.

aku bukan ustazah

Sinopsis Drama Aku Bukan Ustazah

Drama Aku Bukan Ustazah mengisahkan tentang Aminah iaitu seorang wanita yang selalu memakai niqab. Namun, dia terpaksa mengubah pendiriannya mengenai kepercayaan agamanya karena fitnah manusia. Keputusan ini dipengaruhi oleh tindakan Adam yang merendahkan martabatnya sebagai wanita yang memakai niqab.

Episod kehidupannya bermula di situ, di mana dia berkawan dengan rakan-rakan yang memiliki pandangan hidup yang berbeza. Kehidupannya hampir terjerumus ke dalam lubang yang dia sendiri gali. Dalam perjalanan ini, dia membentuk identiti sebagai ‘Miya’ sementara nama ‘Aminah’ ditinggalkan semakin jauh.

Adam dan Omar, dua pemuda dengan gaya hidup yang berbeza, berusaha untuk mendapatkan hati seorang wanita yang memakai niqab. Adam memiliki kelab malam dan hidupnya dipenuhi noda, sementara Omar adalah seorang doktor perubatan lulusan dari universiti di Mesir dan sangat menitikberatkan agamanya.

Pelakon Dan Watak

Drama Aku Bukan Ustazah menampilkan pelakon seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Raden Zaharatul, Shaza Bae, Qistina Khaled, Fikhree Bakar, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Azhar Sulaiman, Ahmad Syafiq dan ramai lagi.

  • Erysha Emyra sebagai Aminah
  • MK K-Clique sebagai Adam
  • Zahiril Adzim sebagai Omar
  • Raden Zaharatul sebagai Sally
  • Shaza Bae sebagai Sam
  • Qistina Khaled sebagai Zaza
  • Fikhree Bakar sebagai Aslam
  • Ahmad Syafiq sebagai Azhar
aku bukan ustazah

Produksi & Pengarah

Drama siri 28 episod ini merupakan arahan sutradara Idora Abdul Rahman dan karya ini diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

OST Drama

Tajuk : Hening Rindu
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Salleh
Lirik : Ikhwan Fatanna

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Aku Bukan Ustazah yang akan mula disiarkan pada 3 Mei 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga strim secara online di aplikasi Tonton.

Episod

28

Dimana Disiarkan

Slot Akasia TV3

Waktu Disiarkan

Mulai 3 Mei 2024 (Isnin – Jumaat), jam 7.00 malam

Leave a Comment