Drama Anggun Mikayla (Viu)

Selepas Terlanjur Cinta, Viu bawakan satu lagi drama terbaru berjudul Anggun Mikayla yang akan bersiaran menerusi platform tersebut mulai 25 April 2024.

Sebuah drama adaptasi novel ini menampilkan lakonan daripada Nabil Aqil, Alya Iman, Razin Qidran, Emelda Rosemila, Lisdawati dan ramai lagi.

anggun mikayla

Sinopsis Drama Anggun Mikayla

Drama Anggun Mikayla mengisahkan tentang Mikayla, seorang gadis cantik yang dinafikan kewujudannya oleh ibunya sendiri. Walaupun menanggung derita dengan hinaan dan cacian, Mikayla tidak berdendam dengan mereka yang membencinya.

Advertisements

Pertemuan antara Mikayla dan Idriz mewujudkan hubungan yang istimewa. Siapa sangka hati Idriz terpaut kepada wanita yang dijumpainya dalam keadaan yang tidak disangka.

Sementara itu, Asif, lelaki yang pernah menolak perasaan Mikayla mulai sedar yang perasaannya terhadap Mikayla sebenarnya lebih dari sebagai kawan.

Meskipun keanggunannya menjadi rebutan, Mikayla tetap mencari secebis kasih sayang dari ibu yang enggan mengakui kewujudannya. Dapatkah Mikayla mencari erti nilai diri sebenar dan cinta yang sepatutnya dia miliki?

Advertisements

Barisan Pelakon & Watak

Drama ini menampilkan pelakon-pelakon seperti Nabil Aqil, Alya Iman, Razin Qidran, Emelda Rosemila, Lisdawati, Zaidi Omar, Haeriyanto Hassan, Syean Mokhtar, Zarrin Nuqman, Zarynn Min, Ayunie Rizal, Amanda Tan dan ramai lagi.

  • Alya Iman sebagai Mikayla
  • Nabil Aqil sebagai Idriz
  • Razin Qidran sebagai Asif
  • Emelda Rosemila sebagai Asmidar
  • Zaidi Omar sebagai Kadir
  • Lisdawati seabgai Suraya
  • Haeriyanto Hassan sebagai Zubir

Produksi & Pengarah

Anggun Mikayla yang merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Liza Nur ini merupakan arahan Eyra Rahman, nukilan skrip daripada Liza Nur sendiri dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton drama 13 episod Anggun Mikayla yang akan mula ditayangkan pada 25 April 2024 setiap Khamis hingga Sabtu, jam 12.00 tengah hari menerusi platform viu atau aplikasi Viu.

Leave a Comment