Drama Dua Darjat Di TV3 (Slot Akasia)

Selepas tamat Aku Bukan Ustazah, slot Akasia akan diserikan dengan sebuah drama baru berjudul Dua Darjat yang akan mula menemui penonton pada 12 Jun ini di TV3.

Drama yang membawa kisah perjalanan cinta Ariana dan Haniff tetapi dalam dua dunia yang berbeza. Mampukah cinta mereka bertahan pada akhirnya?

drama dua darjat

Sinopsis Drama Dua Darjat

Hanif seorang anak yatim tinggal bersama ibunya, Rafidah.Walaupun masih bersekolah, Hanif melakukan kerja sambilan di sebuah bengkel motosikal milik Yusof.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Aniq Durar, Sharifah Rose, Iman Suhana, Yasmiin Hani, Sharifah Zarina, Raja Azmi, Zarul Umbrella, Ferth Jasni, Adam Shahz, Zalela Kadir dan ramai lagi.

  • Aniq Durar sebagai Hanif
  • Sharifah Rose sebagai Ariana
  • Iman Suhana sebagai Husna
  • Yasmiin Hani sebagai Lily
  • Sharifah Zarina sebagai Rafidah
  • Raja Azmi sebagai Cik Yam
  • Zarul Umbrella sebagai Zulkifli
  • Ferth Jasni sebagai Yusuf
  • Adam Shahz sebagai Azman

Produksi Dan Pengarah

Drama 13 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan sutradara Shuhaimi Lua, nukilan skrip daripada Syed Mohamad Taufik dan diterbitkan oleh syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Advertisements

OST Drama

Tajuk Lagu : Enigma
Penyanyi : Bob Yusuf
Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik : Ikhwan Fatanna

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan drama Dua Darjat yang akan mula menemui penonton pada 12 Jun 2024, bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment