Drama Framed Di Astro Premier (Astro Originals)

Tidak berhenti lama menerusi I.D dan kini akan ada satu lagi drama Astro Originals yang akan ditayangkan di Astro Premier iaitu menerusi drama Framed.

Kita semua sudah tahu bagaimana kualiti yang ditonjolkan menerusi Astro Originals sebelum-sebelum ini dimana menampilkan drama berkualiti premium dengan plot cerita yang segar.

Sebelum ini kita dah tengok bagaimana kehebatan dan kejayaan drama-drama seperti Projek: High Council, LIAR, Riot, I.D, Gamers Mangkuk, One Cent Thief dan kini ada satu lagi, Framed.

drama framed

Sinopsis Drama Framed

Drama Framed mengisahkan tentang Lisa iaitu seorang wartawan Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak momen-momen tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan.

Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka penyiasatan untuk mengetahui kisah kehilangan ibunya.

Ketika penyiasatan ini, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Framed menampilkan pelakon popular seperti Meerqeen, Mimi Lana, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin, Zamarul Hisham, Khir Rahman, Namron, Rusdi Ramli, Vanidah Imran, Ram Raaga dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Lia
  • Meerqeen sebagai Edi
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Rita
  • Riz Amin sebagai Gibran
  • Khir Rahman sebagai Hassan
  • Vanidah Imran sebagai Sara
  • Namron sebagai Aziz
  • Ram Raaga sebagai Navin
  • Zamarul Hisyam sebagai Mansur
  • Ka Hoe sebagai Ka Hong
drama framed

Produksi & Pengarah

Drama 8 episod yang mengangkat genre triler penyiasatan fantasi ini merupakan arahan Sein Qudsi, nukilan skrip daripada Kyle Ezra Groonting dan diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Independent Pictures Sdn. Bhd.

Advertisements

OST Drama

Tajuk : Udara
Penyanyi : Nadeera Zaini
Komposer : Iqie Hugh, Shazeriq Azeman & Omar K
Lirik : Iqie Hugh, Shazeriq Azeman & Omar K

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Framed (Astro Originals) mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Premier 410, secara On Demand, Astro Go dan Sooka.

Dimana Disiarkan

Astro Premier (saluran 410)

Waktu Disiarkan

Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaa, jam 9.00 malam

Leave a Comment