Drama Iskandar Chempaka Di TV3

Sepanjang Ramadan ini, TV3 akan bawakan sebuah drama terbaru Iskandar Chempaka yang akan menemui penonton mulai 7 Mac 2024 menerusi slot Lestary.

Drama 13 episod ini bakal bersiaran bagi menggantikan drama Boleh Saya Bantu? yang telah tamat siaran pada 2 Mac yang lalu di slot yang sama.

iskandar chempaka

Sinopsis Drama Iskandar Chempaka

Drama Iskandar Chempaka mengisahkan tentang pasangan Cempaka dan Iskandar yang bercinta dan akhirnya diijab kabulkan ke alam perkahwinan.

Namun hubungan yang disangka bahagia itu mula berubah apabila Chempaka baru menyedari yang mana suaminya sebenarnya ‘anak emak’.

Lagi parak apabila rumah tangga mereka diatur oleh ibu Iskandar sendiri iaitu Naema. Adakah Chempaka dapat bertahan dengan perangai Iskandar dan ibu mentuanya?

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Muaz Zabir, Harissa Adlynn, Alvin Chong, Chacha Maembong, Raja Azura, Nabil Aqil, Shamsul Ghau Ghau, Lisdawati, Steve Yap, Shania Hendrik dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Harissa Adlynn sebagai Chempaka
  • Muaz Zabir sebagai Iskandar
  • Nabil Aqil sebagai Nidhill
  • Chacha Maembong sebagai Dareena
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Daud
  • Lisdawati sebagai Sofia
  • Steve Yap sebagai Hilman
  • Raja Azura sebagai Naemah

Produksi & Pengarah

Drama ini mendapat sentuhan daripada sutradara Azri Izhar sebagai pengarah, penulisan skrip daripada Liza Nur dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan drama Iskandar Chempaka mulai 7 Mac 2024, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Drama

Episod : 13
Bersiaran : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 7 Mac 2024 (Khamis – Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Liza Nur
Pengarah : Azri Izhar
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Leave a Comment