Drama Khilaf Yang Tertulis Di TV3

Selesai tayangan Racun Rihanna, TV3 bawakan satu lagi drama terbaru berjudul Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda bermula pada 27 Mei ini.

Drama arahan Jamal Khan bersaam Riza Baharudin ini menampilkan barisan pelakon yang hebat antaranya Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

khilaf yang tertulis

Sinopsis Drama khilaf Yang Tertulis

Drama Khilaf Yang Tertulis mengisahkan tentang Misha iaitu seorang ibu dan isteri penyayang. Tapi terlalu leka dengan live dan sosial media sehingga tersalah langkah. Sehingga anak-anak menanggung akibat khilafnya.

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan senarai barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Fasha Sandha, Fadlan Hazim, Ashraf Muslim, Chacha Maembong, Puteri Balqis, Danis Hazriq, Rafique Iskandar dan ramai lagi.

Advertisements
  • Fasha Sandha sebagai Misha
  • Fadlan Hazim sebagai Nordin
  • Ashraf Muslim sebagai Amir
  • Chacha Maembong sebagai Sofia
  • Puteri Balqis sebagai Yana
  • Danish Hazriq sebagai Rizal
  • Rafique Iskandar sebagai Aman

Produksi & Pengarah

Drama 15 episod bukan adaptasi ini merupakan arahan bersama oleh Jamal Khan dan Riza Baharudin, nukilan skrip daripada Moonamka, Chinta Nadessha dan PGR’s Team serta diterbitkan oleh produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Khilaf Yang Tertulis mulai 26 Mei 2024, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Leave a Comment