Drama Racun Rihanna Di TV3

Selepas tamat Lelaki Itu, kini sebuah drama terbaru pula menyusul menerusi slot Samarinda iaitu drama Racun Rihanna yang akan mula bersiaran pada 30 Apri ini.

Sebuah drama yang mengisahkan tentang dendam, racun dan sesalan hidup dengan memaparkan kisah tiga sahabat baik iaitu antara Marya, Fateni dan Ayumi bersama Rihanna.

racun rihanna

Sinopsis Drama Racun Rihanna

Drama Racun Rihanna mengisahkan tiga sahabat dari zaman Universiti iaitu Marya, Fateni dan Ayumi. Mereka menjadikan Rihanna sebagai adik angkat dalam kehidupan mereka.

Namun suatu malam, satu tragedi berlaku apabila tiga orang kakak angkatnya tanpa sengaja prank dan menjebaknya dengan dadah hingga Rihanna dirogol secara beramai-ramai.

Advertisements

Mimpi gelap Rihanna membuatkan hidupnya musnah sekelip mata. Apakah pengakhirnya?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Drama siri terbaru ini dilakonkan oleh beberapa pelakon hebat termasuk Intan Najuwa, Rita Rudaini, Jasmine Suraya, Norazah Aziz, Michell Wee, Mas Anizan, Jabir Meftah, Aizat Saha dan ramai lagi.

  • Intan Najuwa sebagai Rihanna
  • Norazah Aziz sebagai Fateeni
  • Rita Rudaini sebagai Marya
  • Jasmine Suraya sebagai Ayumi

Produksi & Pengarah

Drama bukan adaptasi 15 episod ini merupakan arahan Islah Canrose Abdul bersama Ejump Mohd, nukilan skrip daripada Marr Mohamad bersama Irwan Mansor dan diterbitkan oleh produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

racun rihanna

OST Drama

Tajuk : Dilemma
Artis : Kaka Azraff
Komposer : Farouk Roman & Senna
Penulis Lirik : Senna

Advertisements

BACA : Lirik Lagu Dilemma – Kaka Azraff

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Racun Rihanna yang akan menemui penonton mulai 30 April 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan secara online di Tonton.

Dimana Disiarkan

Slot Samarinda di TV3

Waktu Disiarkan

Mulai 30 April 2024, setiap Isnin – Khamis, jam 10.00 malam

Leave a Comment