Drama Siri One Cent Thief Season 2 Di Astro On Demand

Selepas kejayaan besar di musim pertama pada 2 tahun yang lalu, kini siri One Cent Thief Season 2 pula akan kembali dan temui penonton bermula 31 Januari 2025 dan akan bersiaran setiap hari Jumaat.

Drama untuk musim terlebih dahulu akan bersiaran secara On Demand dan Astro pada 12 tengah malam. Kemudian akan bersiaran di Astro Citra 108 pada pukul 9 malam. Di Astro Ria 104 dan striming di Sooka adalah apda setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Siri 8 episod untuk musim kedua kali ini, sekali lagi mempertaruhkan pengarah yang sama iaitu Ariff Zulkarnain bersama Alfie Palermo dan karya ini diterbitkan oleh produksi Independent Pictures dengan kerjasama Astro Shaw

Episod : 8
Bersiaran : Astro Citra, Astro Ria, On Demand
Tarikh : Mulai 31 Januari 2025 (Setiap Jumaat)
Pengarah : Ariff Zulkarnain, Alfie Palermo
Produksi : Independent Pictures, Astro Shaw

Pelakon & Watak

Masih mengekalkan pelakon-pelakon pada musim pertama seperti Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Fabian Loo, Sofia Jane dan pelakon-pelakon lain seperti Trisha Ooi, Syarul Ezani, Shashi Tharan dan ramai lagi.

  • Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
  • Azira Shafinaz sebagai Intan
  • Faizal Hussein sebagai Abah
  • Fabian Loo sebagai Ash
  • Sofia Jane sebagai Ibu Zara
  • Trisha Ooi sebagai Diyana
  • Syarul Ezani sebagai Dzia
  • Shashi Tharan sebagai Chandran

Sinopsis Drama Siri One Cent Thief Season 2

Siri One Cent Thief Season 2 kali ini mengisahkan pula tentang Iman Shah yang dikenali sebagai One Cent Thief, berusaha untuk menjatuhkan Ibu Zara yang kini memegang kuasa politik yang kukuh.

Advertisements

Bersama Chen, ketua kumpulan penggodam Digital Karma, mereka merancang untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada orang ramai.

Namun Ibu Zara yang semakin kebal selepas menguasai dunia politik, mula memanipulasi undang-undang untuk mengelakkan diri dariapda perbicaraan atas tuduhan penggubahan wang haram.

Leave a Comment