Drama Ya Cikgu Di TV3

Kalau masa raya nanti ada duduk di rumah sahaja, apa kata saksikan drama khas Aidilifitri berjudul Ya Cikgu yang mana akan bersiaran bermula raya pertama hingga raya kelima di TV3.

Mini drama ini menampilkan lakonan daripada Trisha Ooi, Fadhli Masoot dan Khir Rahman sebagai teraju utama sepanjang penceritaan.

ya cikgu

Sinopsis Drama Ya Cikgu

Drama Ya Cikgh bermula dengan kisah antara Amin dan bapanya, Cikgu Zaman yang berbeza pendapat sekali gus telah menimbulkan perbalahan antara keduanya.

Cikgu Zaman mahukan anaknya meneruskan legasi keluarga untuk menjadi seorang cikgu walaupun Amin lebih cenderung untuk menceburi bidang seni.

Sahabat baik Amin, Medina juga bersependapat dengan Cikgu Zaman kerana Medina adalah guru praktikal di kampung itu. Bagaimanapun, Amin tetap meronta-ronta untuk menceburi bidang seni dan sering menghadiri uji bakat lakonan.

Keadaan menjadi kecoh apabila Amin mengumumkan yang dia berjaya mendapat kerja sebagai cikgu tetapi di sebuah sekolah memandu. Bagaimanakah penerimaan Cikgu Zaman terhadap kerjaya Amin?

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Trisha Ooi, Fadhli Masoot, Khir Rahman, Ku Faridah Ku Shafie, Afifah Nasir, Amyza Aznan dan ramai lagi.

  • Fadhli Masoot sebagai Amin
  • Khir Rahman sebagai Cikgu Zaman
  • Trisha Ooi sebagai Media

Produksi & Pengarah

Mini drama 5 episod ini merupakan arahan Khir Rahman, nukilan skrip MF Kencana bersama Azal Ezreen dan diterbitkan oleh syarikat produksi Quiara One Production Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk tonton drama Ya Cikgu mulai 10 hingga 14 April 2024, Rabu hingga Ahad, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV3 atau boleh striming secara online di Tonton.

Bersiaran

TV3 dan Tonton

Tarikh Tayangan

10-14 April 2024 (Rabu-Ahad)

Waktu Bersiaran

10.30 Pagi

Leave a Comment