Filem Asan Lembu The Movie Di Astro First

Jangan lupa saksikan filem Asan Lembu The Movie yang akan mula ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First pada 28 Mac 2024 (Khamis) dan seterusnya.

Pada waktu ini juga turut disiarkan filem 19 Puasa: Playboys of Plestik Hitam. Jadi selain menonton filem tersebut, boleh juga layan filem ini juga.

Filem komedi santai ini merupakan terbitan syarikat produksi Nanord Studio Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh M. Suzana Rosly.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 28 Mac 2024
Pengarah : M. Suzana Rosly
Produksi : Nanord Studio Production Sdn. Bhd.

asan lembu the movie

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Joey Daud, Aprena Mansrose, Azhan Rani, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff dan ramai lagi.

  • Joey Daud sebagai Asan
  • Aprena Manrose sebagai Mary
  • Kuna Muzani sebagai Mak Tom
  • Azhan Rani sebagai Ayob

Sinopsis Filem Asan Lembu The Movie

Filem Asan Lembur The Movie mengisahkan tentang Asan yang kehilangan bapanya sejak kecil dan hanya diberi kasih sayang dan dibesarkan bersama ibunya Mek Tom.

Pada suatu hari, Mek Tom memberi alamat palsu kepada Asan mengatakan bahawa bapanya masih hidup dan tinggal di bandar.

Advertisements

Apabila Asan bertolak ke bandar untuk bertemu bapanya yang telah lama hilang, Mek Tom bertindak menjual Mary, lembu kesayangan Asan, untuk mendapatkan wang untuk perkahwinan dan kelangsungan hidupnya.

Kegagalan menemui bapanya, Asan bertemu dengan seorang gadis bernama Mary yang meminta bantuannya daripada diculik. Asan tidak dapat membantu Mary. Apa yang berlaku seterusnya?

Jangan lupa untuk saksikan Asan Lembu The Movie yang ditayangkan di Astro First. Boleh langgan dengan harga RM15 untuk tempoh 48 jam.

Leave a Comment