Filem Dendam Penunggu Di TV3 (Cerekarama)

Saksikan filem Dendam Penunggu yang akan menemui penonton semula pada 4 Januari 2025, hari Sabtu menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online melalui platform Tonton.

Pada asalnya filem dengan genre seram suspen yang diterbitkan pada tahun 2021 ini ditayangkan secara eksklusif di Cinema Tonton dan kali orang ramai boleh menontonya kembali di kaca tv pula.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 4 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 malam
Penulis Skrip : Faizul Jais
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Hasnul Rahmat, Amerul Affendi, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Shasha Abedul, Sherry Alhadad, Adly Sofwan dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ismail Izzani sebagai Zul
  • Shalma Eliana sebagai Sarah
  • Bella Dowanna sebagai Bainun
  • Imran Aqil sebagai Nazrin
  • Atiq Azman sebagai Khairy
  • Hasnul Rahmat sebagai Pak Hassan
  • Amerul Affendi sebagai Cikgu Azidi
  • Hakim Nordin sebagai Firdaus
  • Ahmad Syafiq sebagai Johan
  • Shasha Abedul sebagai Intan
  • Ahmad Adly Sofwan sebagai Nikman
  • Sherry Alhadad sebagai Makcik Tijah

Sinopsis Filem Dendam Penunggu

Filem Dendam Penunggu mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka.

Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

Leave a Comment