Filem Harimau Malaya The Untold Journey Di Pawagam Mulai 15 Ogos Ini

Satu lagi filem yang bertemakan bola sepak bakal disajikan kepada para penonton dan kali ini menerusi Harimau Malaya The Untold Journey yang mana bakal menemui penonton pada 15 Ogos ini diseluruh pawagam seluruh Malaysia.

BACA JUGA : Filem PADU Berkisarkan Tentang Pasukan Bole Keranjan Kebangsaan

Filem epik biografi ini dikatakan bukanlah diambil 100 peratus daripada kisah perjalanan pasukan bola sepak kebangsaan atau juga digelar sebagai Harimau Malaya, tetapi diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Filem ini juga tidak sepenuh mengfokuskan kepada tentang pemain bola sepak, tetapi membawa sedikit naratif yang berbeza seperti kisah ultras Malaya dan individu-individu di belakang tabir yang membantu skuad kebangsaan.

Sinopsis Harimau Malaya The Untold Journey

Filem Harimau Malaya The Untold Journey mengambil kisah disebalik tabir FAM selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaa.

Kisah Harimau Malaya ini digerakkan melalui tempat perspektif naratif iaitu dari sudut badan pengurusan skuad kebangsaan Harimau Malaya, ketua jurulatih Harimau Malaya, pemain dan ultras khususnya tiga rakan yang merupakan penyokong tegar.

Ketiga-tiga mereka ini telah disenaraihitamkan daripada menghadiri perlawanan bola sepak di stadium selama setahun disebabkan tingkah laku mereka.

Empat perspektif ini akan bertembung pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Asia apabila skuad Harimau Malaya berdepan Bangladesh di mana mereka berjaya menewaskan pasukan tersebut dan layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem Harimau Malaya The Untold Journey ini seperti Meerqeen, Tony Eusoff, Sophia Albarakbah, Aiman Hakim Redza, Amelia Henderson, Hazam, Erra Fazira, Aidil Aziz, Namron dan Douglas Lim

Advertisements

Bukan itu sahaja, terdapat juga penampilan daripada Mia Sara, Bell Ngasri, Vanida Imran, Wanna Ali, Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Nabil Zakaria, Kavin Jay, Zain Hamid dan ramai lagi. Juga ada cameo daripada Faisal Halim.

  • Meerqeen sebagai Rashdan
  • Tony Eusoff sebagai Dato’ Hamidin
  • Sophia Albarakbah sebagai Karina
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Corbin
  • Amelia Henderson sebagai Inaya
  • Hazama sebagai Kasturi
  • Erra Fazira sebagai Datin Norliza
  • Aidil Aziz sebagai Taufik
  • Namron sebagai Aldi
  • Zain Hamid sebagai Datuk Karl
  • Douglas Lim sebagai Lionel
  • Kavin Jay sebagai T.S
  • Mia Sara sebagai Nasuha
  • Bell Ngasri sebagai Badar
  • Vanida Imran sebagai Maimon
  • Wanna Ali sebagai Najwa
  • Afdlin Shauki sebagai Roslan
  • Liyana Jasmay sebagai Ana
  • Nabil Zakaria sebagai Mickey

Produksi Dan Pengarah

Filem aksi sukan ini merupakan arahan Datuk Afdlin Shauki, nukilan skrip daripada beliau sendiri bersama Haris M. Nor, Norsyiella Annuar dan Shahbromo serta diterbitkan oleh produksi 4ward Pictures Sdn. Bhd.

OST Filem

Tajuk : Bukan Sendiri
Penyanyi : Hazama
Komposer : Hazama , Zimi , Genervie Kam & Ritz Metalasia
Penulis Lirik : Zel Hadauan

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Harimau Malaya The Untold Journey yang akan mula ditayangkan pada 15 Ogos 2025 (Khamis) hingga seterusnya di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.

Trailer Filem Harimau Malaya The Untold Journey

Leave a Comment