Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Akan Temui Penonton Pada 13 April Ini Di Astro Ria

Best lah raya kali ini apabila Astro akan bawakan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza ke kaca tv iaitu menerusi Astro Ria saluran 104 pada hari raya ke-4 Syawal nanti.

Selepas hampir sebulan beraksi di Axiata Arena, penonton atau peminat penyanyi no. 1 Datuk Sri Siti Nurhaliza yang tidak sempat ke konsert live sebelum ini, kini anda boleh saksikan di kaca tv.

Menerusi perkongsian pihak Astro sebelum ini, pelbagai kandungan terbaru yang akan dibawakan sepanjang Aidilifitri kali ini dan termasuklah konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza ini.

Mana yang tidak berjaya dapatkan tiket sebelum ini, boleh tonton di tv pula. Manakala bagi yang tidak puas menyaksikan secara live di Bukit Jalil, boleh juga saksikan sekali lagi di Astro Ria.

Pada 3 Mac yang lalu, penyanyi nombor satu negera itu telah mengadakan konsert solo berbentuk amal dengan dihadiri lebih 12,000 penonton pada malam tersebut. Konsert tersebut turu dimeriahkan dengan artis jemputan; Syamel dan Judika.

Kali terakhir Siti Nurhaiza mengadakan konsert solot adalah pada 2019 menerusi Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour dan selepas 4 tahun, beliau kembali dengan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada tahun 2024.

sebuah epitome saya siti nurhaliza

Waktu Bersiaran Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza

Jadi jangan terlepas untuk saksikan program Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang akan bersiaran pada 13 April 2024, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Konsert ini hanya bersiaran selama 2 jam 30 minit sahaja. Jadi adakah akan ada semua lagu yang didendangkan di Axiata Arena akan disajikan di kaca tv pada hari tayangan nanti?

Advertisements

Dimana Ianya Disiarkan

Asto Ria 104

Tarikh Bersiaran

13 April 2024 (Sabtu) – 4 Syawal

Masa Ditayangkan

9.00 Malam

Leave a Comment