Telefilem Menarik Aidilfitri Di Astro Sepanjang Syawal 2024

Sempena Syawal tahun ini, jom kita tengok apa telefilem menarik aidilfitri di Astro yang bakal ditayangkan untuk semua penonton di rumah.

Setiap tahun, Astro tidak pernah lupa untuk menyajikan cerita-cerita yang menarik untuk seisi keluarga bagi menonton di rumah sepanjang hari raya.

Kali ini juga, tidak kurang hebatnya, ada lebih 10 telefilem menarik aidilfitri di Astro menerusi saluran Astro Ria dan Astro Warna.

Senarai Telefilem Menarik Aidilfitri Di Astro

Jom kita tengok senarai telefilem menarik yang bakal ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri sepanjang Syawal ini untuk tahun 2024.

BACA : Telefilem Menarik Aidilfitri Di RTM

a. Pinggan Retak Di Tapak Tangan

pinggan retak di tapak tangan

Sinopsis : Mak Yah mengidap penyakit Alzheimer dan dijaga oleh suaminya yang sakit, Pak Brahim, yang satu-satunya sumber bantuan adalah Arman – anak angkat mereka yang merupakan pendatang tanpa izin.

Pelakon : Dato’ Jalalluddin Hassan, Azri Safix dan Fauziah Nawi

Tayangan : 11 April 2024 | Khamis | 11.00 PM | Astro Ria

b. Hijab Pendosa

hijab pendosa

Sinopsis : Kisah seorang bapa yang inginkan pengampunan daripada anaknya yang telah ditinggalkan dalam keadaan miskin.

Pelakon : Jaja Iliyes dan Bell Ngasri

Tayangan : 10 April 2024 | Rabu | 11.00 PM | Astro Ria

c. My Famous Ex-Boyfriend Raya

my famous ex boyfriend raya

Sinopsis : Saksikan sambungan kisah cinta Sameera dan Jamie, pasangan baharu yang diuji kehidupannya dengan kehadiran Haque Zuhal yang kini seorang penjual ikan! Adakah Kehadiran Bella bakal menggugat perhubungan mereka?

Pelakon : Ara Johari, Hael Husaini, Nadhir Nasar, Qasrina Karim

Tayangan : 10 April 2024 | Rabu | 10.00 AM | Astro Ria

d. Chinta Wrong Direction Raya

chinta wrong direction raya

Sinopsis : Selepas beberapa bulan bahagia dengan perkahwinan mereka, Akid kembali kepada keadaan lamanya di mana dia alah Chinta! Mereka kini harus mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah Akid demi kebaikan semua!

Pelakon : Hun Haqeem, Ersya Emyra, Kimberly, Ikhwan Khairudin

Tayangan : 11 Apri 2024 | Khamis | 10.00 AM | Astro Ria

e. Raya Dengan Cinta

telefilem menarik aidilfitri di astro raya dengan cinta

Sinopsis : Setelah mengetahui bahawa Shila, menantu perempuan Muslimnya sedang meraikan raya tanpa ibu bapanya, Encik Ho memutuskan untuk menganjurkan perayaan raya untuk Shila di rumahnya, meskipun menimbulkan kesusahan kepada ahli keluarganya.

Pelakon : Yong Zheng Ning, Hawa Rizwana, Thean Jd Lin, Joanne Kam Poh Poh, Chew Kinwah

Tayangan : 12 April 2024 | Jumaat | 10.00 AM | Astro Ria

f. Overnight Wali

telefilem menarik aidilfitri di astro overnight wali

Sinopsis : Hussaini gemar mengkritik kaedah membesarkan anak orang lain dan pilihan hidup mereka, dan dia kemudiannya diuji apabila suatu hari dia terjaga 19 tahun kemudian dengan anak perempuannya kini berkahwin dengan orang yang salah!

Pelakon : Meerqeen, Arabella, Aaron Aziz, Nabil Aqil

Tayangan : 13 April 2024 | Sabtu | 10.00 AM | Astro Ria

g. Manaf, Zahir & Bunia

manaf zahir dan bunian

Sinopsis : Apabila En Zahir – bapa Manaf meminta untuk beraya dengan bunian, Manaf dengan rakan-rakannya cuba untuk memenuhi permintaan En Zahir dengan membina set seperti kampung bunian. Namun, semuanya berubah apabila ‘ciptaannya’ itu menjadi kenyataan!

Pelakon : Dewa Arteh, Namie, Kamarool Hj. Yusoff

Tayangan : 14 April 2024 | Ahad | 4.00 PM | Astro Warna

h. Awak Terlalu Ganu Untuk Saya

awak terlalu ganu untu saya

Sinopsis : Matin jatuh hati pada Melissa tetapi kalut apabila mengetahui bahawa Melissa membenci orang Terengganu dan kini berpura-pura menjadi orang KL, sehinggalah adik Matin – Teja – tiba dari Terengganu!

Pelakon : Zizan Razak, Riena Diana, Adrina Kamaruddin, Wanns Ahmad

Tayangan : 10 April 2024 | Rabu | 4.00 PM | Astro Warna

i. Hantu Raya Telekung

telefilem menarik aidilfitri di astro hantu raya telekung

Sinopsis : Sebuah prekuel dari telemovie hits 2023, mengisahkan bagaimana permusuhan Ketua Kampung dan Tok Jiddin bermula apabila Kampung Lenggong telah diserang hantu raya semasa pilihan raya ketua kampung.

Advertisements

Pelakon : Ropie, Ain Edruce, Reza Hasbi dan Lan Zailan

Tayangan : 12 April 2024 | Jumaat | 4.00 PM | Astro Warna

j. Zero To Millionaire

zero to millionaire

Sinopsis : Tiga beradik, Mad, Mid, Mud, kini diambil kerja di sebuah rumah orang-orang tua setelah diikat jamin oleh En Abu yang menyimpan rahsia tentang asal usul mereka. Masalah bermula apabila perasaan dengki timbul terhadap layanan En Abu kepada mereka.

Pelakon : Sharif Zero, Syaiful Zaro, Atu Zero, Julia Farhana, Shashic Iewan

Tayangan : 13 April 2024 | Sabtu | 4.00 PM | Astro Warna

k. Dendam Hantu Viral

telefilem menarik aidilfitri di astro dendam hantu viral

Sinopsis : Masalah bermula apabila kelibat lembaga mula muncul setiap kali Leha Letop dan Peah Janda live-stream, membuatkan orang Kampung Lompat Kata mula resah. Tok Hashim, dengan bantuan Cikgu Wahab mula mengorak langkah untuk membantu.

Pelakon : Harris Anuar, Puteri Sarah, Sanjna Suri, Azap Jasmin, AG Hafiz dan Nieza Kiu.

Tayangan : 11 April 2024 | Khamis | 4.00 PM | Astro Warna

l. Kurung Kerawang Untuk Adik

kurung kerawang untuk adik

Pelakon : Noorkhiriah, Puteri Rafasya dan Syafie Naswip

Tayangan : 12 April 2024 | Jumaat | 11.00 PM | Astro Ria

m. Terpaling Drama

terpaling drama

Pelakon : Raqin Qidrah, Sazzy Falak, Nurel Baharin

Tayangan : 14 April 2024 | Ahad | 10.00 AM | Astro Ria

Selain daripada telefilem, Astro juga ada menyediakan pelbagai lagi program khas sempena Hari Raya Aidilfitri, nak tengok senarai penuh, boleh pergi ke Gempak Raya.

Leave a Comment