Telefilem Menarik Aidilfitri RTM Yang Ditayangkan Di TV1, TV2 & TV Okey Sepanjang Hari Raya Tahun 2024

Untuk tahun 2024, nampaknya ada beberapa telefilem menarik aidilfitri RTM yang akan ditayangkan sempena hari raya ini iaitu menerusi saluran TV1, TV2 dan TV Okey.

Nanti kalau berkesempatan dan tidak beraya ke mana-mana, anda boleh la bersama keluarga untuk duduk di depan tv sambil layan cerita-cerita menarik ini.

Nak tahu telefilem apa yang akan disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri di saluran RTM pada Syawal nanti? Jom kita tengok.

Senarai Telefilem Menarik Aidilfitri RTM Yang Menarik Untuk Tahun 2024

Penonton bakal disajikan dengan pelbagai cerita menarik termasuk telefilem yang boleh disaksikan secara percuma menerusi TV1, TV2, dan TV Okey.

a. Raya Tak Nampak

telefilem menarik aidilfitri rtm raya tak nampak

Sinopsis : Ianya mengisahkan misi tiga bujang cuba menyelamatkan seorang gadis buta yang sehelai sepinggang untuk pulang beraya menjadi huru hara apabila lakonan si buta pecah tembelang dan mereka dikejar gangster sebenar.

Advertisements

Pelakon : Wani Kayrie, Danial Zaini, Imran Aqil dan Mamak Puteh

Waktu Bersiaran : 13 April 2024 | 9.00 Malam | Panggung RTM | TV1

b. Abyad Sofi

Sinopsis : Ianya mengisahkan tentang Abyad Sofi yang menghidap penyakit sindrom OCD berdepan dengan orang sekelilingnya.

Pelakon : Mimi Ernida, Fikry Ibrahim dan Kazar Saisi

Waktu Bersiaran : 20 April 2024 | 9.00 Malam | TV1

c. Serambi Syurgamu

serambi syurgamu

Pelakon : Shasha Abedul, Qi Razali dan Normah Damanhuri.

Advertisements

Waktu Bersiaran : 12 April 2024 | 10.00 Malam | TV Okey

d. Biniku Ratu Joran

biniku ratu joran

Pelakon : Arief Yong dan Dayana Roza

Waktu Bersiaran : 13 April 2024 | 10.00 Malam | TV Okey

Selain itu, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) juga menyediakan pelbagai program terbaru sepanjang Syawal kali ini, boleh tengok senarai penuh disini.

Leave a Comment