Namaku Adam Di TV1 (Panggung RTM)

RTM bawakan cerita-cerita menarik sempanjang Ramadan ini menerusi slot Panggung RTM dan antaranya ialah menerusi Namaku Adam yang bakal menemui penonton pada 23 Mac 2024.

Sebuah telefilem yang mempunyai mesej dan pengajaran tersendiri disamping mengetengahkan kemulaan Ramadan yang akan disampaikan kepada penonton.

namaku adam

Sinopsis Telefilem Namaku Adam

Telemovie Namaku Adam mengisahkan tentang perhubungan Adam dan Ain yang berkahwin atas dasar cinta tetapi hubungan mereka semakin memburuk dek masalah kewangan Adam.

Ain berselingkuh dengan Zack, teman sekampung mereka dan memerangkap Adam hingga dia dipenjarakan kerana penjualan dadah.

Adam mengetahui kebenaran dan mencuba mencari pekerjaan sebagai penghantar makanan yang disediakan oleh Mawar. Adam akhirnya menceraikan Ain.

Ain hamil dan pulang ke kampung tetapi Zack memukulnya. Ain selamat melahirkan namun dia meninggal dunia. Lalu siapakah yang menjaga bayi tersebut?

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Josiah Hogan, Wan Sharmila, Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Adik Hafiy Altamis dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Advertisements
  • Josiah Hogan sebagai Adam
  • Dayang Areeda sebagai Ain
  • Mustaqim Bahadon sebagai Zack
  • Wan Sharmila sebagai Mawar

Pengarah & Produksi

Telefilem ini merupakan arahan pengarah tersohor Along Kamaludin, nukilan skrip daripada Hamieda Sudin dan diterbitkan oleh produksi Layar Ceritera Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan Namaku Adam yang akan bersiaran pada 23 Mac 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 23 Mac 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Hamieda Sudin
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Ceritera Sdn. Bhd.

Leave a Comment