Perang Panjut Tujuh Likur Di TV1

Sebuah lagi telefilem Ramadan terbitan RTM yang akan menemui penonton iaitu Perang Panjut Tujuh Likur dimana akan bersiaran menerusi slot Panggung RTM.

Telefilem yang menampilkan gandingan pelakon seperti Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Fauziah Nawi, Dalimawati yang merupakan antara teraju utama dalam cerita ini.

Sinopsis Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur

Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur mengisahkan tentang tiga wanita veteran yang dahulu semasa mudanya mereka bersahabat baik iaitu Hanan, Numa dan Sabariah.

Atas satu kejadian, mereka berseteru sehingga masing-masing berkahwin dan mempunyai anak yang belajar di universiti.

Menjelang Ramadan, Tok Su Piah (Ketua Kampung Wanita) mahu mengadakan pertandingan Pesta Panjut bagi meraikan malam tujuh likur di kampung mereka.

Pada awalnya, mereka bertiga menentang hasrat Tok Su Piah, kerana peristiwa panjut ciptaan mereka telah menyebabkan tragedi kematian suami Tok Su Piah dan rumah Tok Su Piah terbakar, menyebabkan mereka bertiga berseteru sehingga kini.

Namun dalam diam, mereka bertiga mempunyai perancangan tersendiri untuk turut serta dalam pertandingan pesta panjut itu dan seteru bertukar menjadi perang panjut.

Ketika mereka bertiga membuat persediaan dengan rekaan panjut, masing-masing ditimpa ujian dan dugaan yang membuatkan mereka berputus asa untuk menyertainya.

Hanan sebagai tukang jahit, mengalami masalah apabila tiga pelanggan meminta ganti rugi kerana tersalah kain dan jahitan.

Numa pula ustazah kampung yang mengajar mengaji, tertangkap dalam insiden ponteng puasa di satu pondok.

Sabariah mencari buluh sendiri, lalu dia terjatuh ke dalam curam dan terperangkap di situ beberapa hari kerana kakinya cedera tidak mampu berjalan.

Anak masing-masing iaitu Ali, Aisyah dan Umar bertemu dengan Tok Su Piah bagi mengetahui kisah sebenar mengapa ibu mereka berseteru, dan mencari jalan bagaimana untuk menyatukan semula persahabatan mereka.

Atas bantuan Ziyad, cucu kepada Tok Su Piah, Hanan dan Numa menyelamatkan Sabariah. Mereka bertiga merungkai kembali mengapa persahabatan mereka yang terjalin dulu menjadi renggang.

Advertisements

Mereka sedar akan khilaf masing-masing kerana ego, dan mahu menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna. Pengakhirannya, Ali, Aisyah dan Umar menyediakan panjut bagi menghiasai malam tujuh likur di surau buloh kampung mereka.

perang panjut tujuh likur

Barisan Pelakon

Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur ini melibatkan pelakon-pelakon veteren sebagai teraju utama iaitu Datin Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Datuk Fauziah Nawi dan Dalimawati. Dibantu oleh pelakon lain seperti Raf Roslee, Dina Allysha, Idan Aedan, Fathil Dani, Jeri dan Sayyid Bakir.

Watak Lakonan

  • Fauziah Nawi sebagai Numa
  • Fadilah Mansor sebagai Hanan
  • Hamidah Wahab sebagai Sabariah
  • Dalimawati sebagai Tok Su Piah
  • Idan Aedan sebagai Umar
  • Raff Roslee sebagai Ali

Produksi & Pengarah

Telemovie khas Ramadan ini merupakan arahan Epo Jenon dengan nukilan skrip daripada Roydy Rokidy dan diterbitkan sendiri oleh Unit Drama TV RTM.

Waktu Bersiaran

Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur akan menemui penonton pada 6 April 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau secara online di RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 6 April 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Epo Jenon
Produksi : Unit Drama TV RTM

Leave a Comment