Telefilem Aku Bukan Malaikat Di TV2

Jangan lupa untuk tonton telefilem Aku Bukan Malaikat yang akan menemui penonton semula pada 6 Januari 2025, hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan sutradara terkenal, Rashid Sibir, nukilan skrip daripada Mazlan Manan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 6 Januari 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Mazlan Manan
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

aku bukan malaikat

Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ak Bukan Malaikat seperti Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda, Redza Rosli, Nad Zainal, Ruminah Sidek, Shazwan Hassan, Azri Iskandar dan ramai lagi.

  • Sharnaaz Ahmad sebagai Hisham
  • Nabila Huda sebagai Suhada
  • Redza Rosli sebagai Amri
  • Nad Zainal sebagai Rohani
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Som
  • Shazwan Hassan sebagai Mahmud
  • Azri Iskandar sebagai Mail

Sinopsis Telefilem Aku Bukan Malaikat

Telefilem Aku Bukan Malaikat membawa kisah pengorbanan seorang adik, Amri kepada abangnya, Hisham setelah terbabit dalam kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati.

Advertisements

Bagaimanapun setelah dibicarakan Hisham dipenjara selama tujuh tahun. Demi memastikan hidup dan kebajikan Syuhadah terjaga, Hisham menceraikan Syuhadah dan mahu Amri mengahwini bekas isterinya.

Dilema Amri bukan sahaja apabila kekasihnya, Ani menuntut janji Amri untuk mengahwininya malah apabila abangnya dibebaskan dari penjara.

Leave a Comment