Table Of Content
Malam hujung minggu ini, anda bakal disajikan dengan telefilem Amanat yang mana bakal menyajikan sebuah cerita yang menarik disamping pengajaran yang berguna.
Telefilem yang ditayakan di slot Cerekarama ini menampilkan lakonan daripada Nafiz Muaz, Fify Azmi, Hilal Azman, Raja Atiq dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Amanat
Telefilem Amanat bermula dengan kisah tentang Hassan dan Husin sedang bermain, masing-masing sedang menyanyikan lagu kegemaran mereka di dalam rumah bila radio dimatikan secara tiba-tiba.
Mereka terkejut! Ketika itulah beberapa libasan rotan singgah dibadan mereka! Munir dengan garang dan tegas, terus arahkan mereka mengambil Al Quran untuk mengaji.
Munir katakan dia mahu lihat anaknya memenangi pertandingan tilawah. Kehidupan mereka dipenuhi Al Quran, cuma niat Munir dikhuatiri hanya cuma mahu menunjuk-nunjuk kebolehan anak-anaknya kepada masyarakat dan bukan kerana Allah.
Malang menimpa keluarga itu bila Isteri Munir meninggal dunia kerana sakit dan ini mula membuatkan hidup kedua anak-anaknya semakin sukar.
Pelakon Dan Watak Lakonan
Antara mereka yang terlibat dalam telemovie ini ialah Nafiz Muaz, Fify Azmi, Hilal Azman, Raja Atiq Azman, Zack Kool, Farra J, Faha Azhar, Zal Hamzah, Da’i Hakim dan ramai lagi.
- Nafiz Muaz sebagai Hasan
- Fify Azmi sebagai Siti
- Hilal Azman sebagai Munir
- Raja Atiq Azman sebagai Husin
- Zack Kool sebagai Pak Zahar
Produksi & Pengarah
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan arahan sutradara hebat Feroz Abdul Kader, nukilan skrip daripada Azril Hamzah dan diterbitkan oleh syarikat produksi Art Ornament Sdn. Bhd..
Waktu Bersiaran
Saksikan telefilem Amanat yang akan menemui penonton pada 4 Mei 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau secara online di Tonton.
Dimana Disiarkan
Slot Cerekarama TV3
Waktu Disiarkan
4 Mei 2024 (Sabtu), jam 10.00 malam