Telefilem Antara Pilihan Di TV1 (Panggung RTM)

Sempena meraikan sambutan Hari Ibu, RTM bawakan sebuah telefilem berjudul Antara Pilihan yang mana membawa genre dan tema kekeluargaan dan cerita tentang seorang ibu.

Telefilem ini akan ditayangkan menerusi slot Panggung RTM yang mana menampilkan Siti Elizad sebagai teraju utama disamping pelakon-pelakon lain seperti Aidil Aziz, Qi Razali dan ramai lagi.

antara pilihan

Sinopsis Telefilem Antara Pilihan

Telefilem Antara Pilihan mengisahkan tentang kehidupan Hani yang memilih untuk tinggal jauh dari keluarga bagi membesarkan anak angkatnya yang bernama Cinta.

Cinta, wujud hasil hubungan terlarang antara abang Hani, Nazar dan seorang pelajar praktikal di firma arkitek milik arwah Zaid, iaitu bapa kepada Nazar dan Hani.

Namun identiti Cinta itu dirahsiakan Hani dari ahli keluarganya dan ia dijadikan bahan untuk mengugut Nazar agar memberikan hak Hani di dalam syarikat, juga kebebasan untuk hidup jauh dari kongkongan Nazar dan Marlina.

Advertisements

Hani yang cuba membantu Shila melalui rumah perlindungan milik bekas gurunya, Cikgu Maznah terpaksa akur apabila Shila secara tiba-tiba menghilangkan diri.

Atas rasa tanggungjawab, Hani meminta Cikgu Maznah untuk membantunya untuk mengambil Cinta sebagai anak angkat.

Bermulalah episod Hani berjuang mendapatkan hak penjagaan, juga haknya untuk menjalani hidup sendiri bersama bayi tersebut tanpa kongkongan dari Marlina dan Nazar.

Ketika majlis sambutan hari jadi Cinta, Marlina dan Nazar datang dengan tujuan untuk menuntut hak dan juga harta yang telah diperoleh Hani sebelum ini.

Hani yang sudah tidak kisah tentang harta peninggalan Zaid itu meminta agar ibu dan abangnya bersabar, namun tidak diendahkan.

Berlaku pertengkaran dan Malik yang turut berada di situ ikut campur tangan. Maka terbongkarlah segala kisah mengenai status Malik sebagai anak sulung Marlina dan status Nazar sebagai anak tidak sah taraf yang dijaga oleh Zaid selama ini.

Advertisements

Kekesalan terbesar dirasai oleh Marlina, ibu kepada Malik, Nazar dan Hani kerana pada akhirnya dia gagal untuk mempertahankan tindakan yang dirasakannya benar sebelum ini iaitu meninggalkan Malik untuk mengelakkan anaknya sulungnya itu malu mempunyai ibu sepertinya yang mempunyai anak tidak sah taraf, Nazar.

antara pilihan

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie khas ini seperti Siti Elizad, Puteri Rafasya, Aidil Aziz, Qi Razali, Amyza Aznan, Shyrim, Jaja Elias, Nu’man, Ainina Ahmad, Adrina Qasmia dan ramai lagi.

  • Siti Elizad sebagai Hani
  • Puteri Rafasya sebagai Cinta
  • Qi Razali sebagai Malik
  • Aidil Aziz sebagai Nazar
  • Amyza Aznan sebagai Marlina
  • Jaja Elias sebagai Shila

Produksi & Pengarah

Telefilem yang membawa mesej sarat pengajaran dan kasih sayang ini merupakan arahan Muhammad Ikhsan Sukiman, nukilan skrip daripada Tasta Keristifa dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM sendiri.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Antara Pilihan yang akan menemui penonton pada 11 Mei 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment