Saksikan telefilem Antara Rebab Dan Tari Kazumi yang akan menemui penonton semula pada 24 Ogos 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau secara striming di RTM Klik.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Mat Senibayan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Pisdec Creative Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm
Pengarah : Mat Senibayan
Produksi : Pisdec Creative Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon & Watak Lakonan
Antara pelakon-pelakon yang membintangi Antara Rebab Dan Tari Kazumi ini seperti Nadia Aqilah, Asrul Faizal, Kuna, Kamaruzaman, Nazri Ahmad, Kuna, Sulaiman Yasin, Zalfa Zin dan ramai lagi.
- Nadia Aqilah sebagai Kazumi
- Asrul Faizal sebagai Ikhwan
- Nazri Ahmad sebagai Iesyiko Yimura
Sinopsis Telefilem Antara Rebab Dan Tari Kazumi
Telefilem Antara Rebab Dan Tari Kazumi mengisahkan tentang Aki Kazumi iaitu seorang gadis Jepun berhijrah ke Kuala Lumpur sejak berumur sepuluh tahun bersama ayahnya, Iesyiko Yimura seorang ahli perniagaan.
Kazumi membesar dan belajar di Malaysia sehingga dia fasih berbahasa Melayu dan mencintai budaya Melayu terutamanya Mak Yong.
Setelah tamat pengajian, Kazumi mendapat pekerjaan sebagai wartawan dan ditugaskan di Kota Bharu. Di sana dia tinggal di rumah orang tua Ikhwan, kawannya semasa di universiti dulu yang sekarang bekerja sebagai pensyarah.
Hujung minggu Ikhwan akan pulang ke rumah orang tuanya dan suka bermain rebab. Kebiasaannya Kazumi akan menyanyi dan menari dengan diiringi gesekan rebab Ikhwan. Ikhwan telah meluahkan cintanya kepada Kazumi dan bersambut.
Yimura menghantar orang-orangnya untuk mengintip Kazumi di Kota Bharu. Setelah mengetahui Kazumi bercinta, Yimura memanggil Kazumi balik ke Kuala Lumpur dan menyuruh mengikutnya balik ke Nagoya bagi menghalang cinta Kazumi.
Kazumi telah dikurung dan dia meminta bantuan Ikhwan. Kazumi berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Ikhwan. Mereka berdua berjaya dijejaki dan ditangkap oleh konco-konco Yimura.
Setelah keduanya dibawa ke rumah, Yimura lalu memberitahu bahawa dia menghalang cinta Kazumi kerana dia membenci orang-orang Melayu. Rupa-rupanya datuk Kazumi pernah menjadi askar di Tanah Melayu.
Dia bercinta dengan perempuan Melayu dan dibunuh oleh orang-orang Melayu setelah berlaku salah faham.