Telefilem Bebaskan Anak Kita Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Bebaskan Anak Kita yang akan menemui penonton kembali pada 30 Ogos 2024, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 sempena Hari Kebangsaan ini merupakan arahan Feroz Kader, nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh produksi FJ Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 30 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 pm
Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Abdul Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Dato’ Rahim Razali, Amar Baharin, Fizz Fairuz, Husna Mustaffa, adik Jay Nazif, Muhammad Shahidan Abdullah, Charlie Numan dan ramai lagi.

  • Dato’ Rahim Razali sebagai Pak Rahim
  • Amar Baharin sebagai Razak
  • Fizz Fairuz sebagai Sidek
  • Husna Mustaffa sebagai Sakinah
  • Jay Nazif sebagai Aiman
  • Shahidan Abdullah sebagai Airil

Sinopsis Telefilem Bebaskan Anak Kita

Telemovie Bebaskan Anak Kita mengisahkan tentang Rahim iaitu seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka.

Beliau ingin berkongsi segala cerita suka duka bangunan Stadium Merdeka kepada mereka dengan harapan generasi itu tidak lupa akan sejarah awal pembangunan Malaysia.

Advertisements

Tetapi malangnya usaha dia mendapat kecaman dari golongan ibu bapa anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal.

Razak malu dengan semangat dan perbuataan ayahnya itu lalu meminta ayahnya tidak meneruskan rancangannya itu. Rahim tetap degil, lama kelamaan, Razak perasaan ayahnya semakin lemah.

Akhirnya Razak mendapat tahu, ayahnya sedang bertarung ngan kanser tulang tahap akhir. Rahim meninggal dunia sebelum sempat mencapai impiannya itu.

Leave a Comment