Telefilem Demi Masa Di TV3 (Cerekarama)

Jangan lupa saksikan telemovie Demi Masa yang akan menemui penonton semula pada 14 September 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan arahan Izuan Mokhtar, nukilan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh syarikat produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 14 September 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Faizal Hussein, Ruminah Sidek, Umar Shakur, Nadiya Nisaa, Azhar Sulaiman, Kamal Bakar, Aryan Adzrin, Fahmie Mikail dan ramai lagi.

  • Faizal Hussein sebagai Musa
  • Umar Shakur sebagai Muhammad
  • Ruminah Sidek sebagai Tok Umi
  • Nadiya Nisaa sebagai Cikgu Fatimah
  • Azhar Sulaiman sebagai Syam

Sinopsis Telefilem Demi Masa

Telefilem Demi Masa mengisahkan tentang kehidupan Musa yang diberikan peluang sekali lagi untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain apabila dia dibebaskan dari penjara atas kesalahan jenayah yang dilakukan pada masa dahulu.

Advertisements

Disebabkan itu, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran dan perasaan yang menghantuai hatinya tentang penerimaan keluarga dan orang kampung. Bukan itu sahaja, anaknya Muhammad juga sukar untuk menerima Musa sebagai ayahnya.

Adakah masa akhirnya berjaya menyatukan antara ayah dan anak?

1 thought on “Telefilem Demi Masa Di TV3 (Cerekarama)”

  1. jalan cerita dah best…tp last cerita…x de pengajaran…..spatut nye cerita melayu bg lah pengakhiran yg baik….baru best..ni pengakhiran mnyedihkan jd xde pengajaran

    Reply

Leave a Comment