Telefilem Dendam Hantu Viral Di Astro Warna

Saksikan telefilem Dendam Hantu Viral yang dibawakan sempena Aidilfitri ini yang mana ianya akan ditayangkan di Astro Warna pada hari raya ke-2 Syawal.

BACA : Senarai Telefilem Menarik Sepanjang Aidilfitri Di Astro Warna

Ianya merupakan sebuah telefilem seram komedi dimana menampilkan Puteri Sarah, Sanjna Suri, Dato Haris dan Harris Annuar antara teraju utama untuk cerita ini.

telefilem menarik aidilfitri di astro dendam hantu viral

Sinopsis Telefilem Dendam Hantu Viral

Dendam Hantu Viral mengisahkan tentang Kampung Lompat Kata yang diganggu sekali lagi oleh seekor hantu yang viral dimana hanya muncul ketika livestreaming.

Gangguan hantu itu telah menyebabkan agenda perancangan Tok Hashim untuk mengadakan majlis kesyukuran ulangtahun perkahwinannya tergendala.

Kedatangan Leha Letop dan Cikgu Wahab ke Kampung Lompat Katak pula menambahkan lagi kekecohan buat Tok Hashim dan penduduk Kampung Lompat Katak.

Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Puteri Sarah, Sanjna Suri, Dato’ Haris, Harris Anuar, Azad Jasmin, Niezam Kiut, Seha Monica, Watie Razalie, Jamal Tetsu, Ilham Abata dan ramai lagi.

  • Puteri Sarah sebagai Leha Letop
  • Sanjna Suri sebagai Ayu Majlis
  • Dato’ Haris sebagai Tok Hashim
  • Harris Annuar sebagai Cikgu Wahab
  • Azad Jasmin sebagai Tok Kelangit
  • Niezam Kiut sebagai Imam Jailani
  • Seha Monica sebagai Mak Timah
  • Watie Razalie sebagai Peah Janda

Produksi & Pengarah

Telefilem seram komedi ini merupakan arahan Wann Hafiz, nukilan skrip daripada Ilham Abata dan diterbitkan oleh syarikat produksi ArisPop Production Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Dendam Hantu Vital pada 11 April 2024 (Hari Raya Kedua), hari Khamis, jam 4.00 petang menerusi Astro Warna di saluran 107 dan secara online di Astro Go.

Dimana Ditayangkan?

Astro Warna (107)

Tarikh Ditayangkan?

11 April 2024 (Khamis)

Waktu Bersiaran

4.00 Petang

Leave a Comment