Telefilem Disgrafia Di TV1 (Panggung RTM)

Pada hujung minggu ini, RTM akan bawakan sebuah telefilem khas sempena Hari Guru berjudul Disgrafia yang mana akan bersiaran menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Sebuah telefilem yang memaparkan bagaimana seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran dan ingin ke sekolah seperti kawan-kawan yang lain.

disgrafia

Sinopsis Telefilem Disgrafia

Telefilem ini mengisahkan tentang Nadim yang menghidap Disgrafia ingin pergi ke sekolah seperti adiknya, Nazim. Ayah mereka, Mustaqim menolak kerana malu .Cikgu Aminah, guru pencen mengajar Nadim secara peribadi di luar pengetahuan Mustaqim.

Pelakon Dan Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nik Adam Mikael, Qazeem Nor, Shahfi Rafiq dan ramai lagi.

Advertisements
  • Nik Adam Mikael sebagai Nadim
  • Qazeem Nor sebagai Mustaqim
  • Shahfi Rafiq sebagai Nazim

Produksi & Pengarah

Telefilem karya Mazelan Manan bersama Najmie Mazlee Mazelan ini merupakan arahan Rodzee A. Razak dan diterbitkan oleh syarikat produksi Trek Hasrat Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Disgrafia yang akan menemui penonotn pada 18 Mei 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment