Table Of Content
Saksikan semula telefilem Ikut Jejakmu yang akan bersiaran pada 25 Januari 2025, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Amie Maziah, nukilan skrip daripada Shamsul Haszraeui bersama Maizura Ederis dan diterbitkan oleh produksi Arie Zaharie Production.
Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 25 Januari 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm
Penulis Skrip : Shamsul Haszraeui, Maizura Ederis
Pengarah : Amie Maziah
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie Ikut Jejakmu seperti Amir Nafis, Azhan Rani, Lia Natalia, Adik Adib Haziem Johan, Awang Karim Abdul Kadir, Datu Hazriel Datu Atik dan ramai lagi.
- Amir Nafis sebagai Ustaz Firdaus
- Azhan Rani sebagai Marwan

Sinopsis Telefilem Ikut Jejakmu
Telefilem Ikut Jejakmu membawa penonton mendekati kisah realiti masyarakat di sebuah perkampungan atas air yang didiami oleh kaum Bajau Laut di Sabah. Pada zaman awalnya penduduk di sini tiada beragama dan telah didatangi oleh beberapa pendakwah Islam.
Salah seorang pendakwah yang sampai di sini ialah Ustaz Yusof. Walau bagaimanapun, usaha Ustaz Yusof mengajak masyarakat di sini menerima Islam telah gagal dan beliau telah terbunuh.
Surau yang dibinanya telah dibakar dan dia terkorban bersama beberapa orang yang sedang bersolat di situ. Salah seorang yang turut terkorban ialah ibu kepada Udin, isteri kepada Marwan.
Marwan seorang yang tidak mahu menerima Islam dan sangat berdendam kepada pendakwah terutama yang dinamakan ‘ustaz’.
Beberapa tahun kemudian Ustaz Firdaus telah datang ke kampung tersebut dengan tujuan menurut jejak ayahnya Ustaz Yusof. Ustaz Firdaus merahsiakan bahawa dia adalah anak kepada Ustaz Yusof kerana Ustaz Firdaus sudah mengetahui bahawa usahanya juga mungkin akan gagal.
Ustaz Firdaus mula mengajak masyarakat kampung itu untuk mendekatkan diri dengan agama secara berdiplomasi dan menyesuaikan diri dengan adat resam masyarakat di situ.
Pak Masdil ialah bapa kepada Marwan merupakan ketua kampung di situ yang menerima Islam dan bersama-sama mengajak masyarakatnya menjalani kehidupan cara Islam.
Jumlah masyarakat perkampungan air itu telah semakin bertambah memenuhi surau. Udin juga sudah pandai mengaji Al-Quran, bersolat dan melafazkan azan. Marwan tidak senang hati apabila ramai penduduk di situ sudah mulai bersolat dan mendekati Islam.
Marwan dan kawannya Alang serta beberapa orang yang lain telah memukul Ustaz Firdaus. Pak Masdil membawa Ustaz Firdaus pulang ke rumahnya dan pada malam tersebut Udin menemani Ustaz Firdaus.
Dendam Marwan terhadap Ustaz Firdaus tidak dapat dibendungnya lagi dan pada malam itu Marwan telah menikam seorang yang sedang tidur yang disangkanya Ustaz Firdaus. Namun, orang yang dibunuh oleh Marwan itu adalah Udin, anaknya sendiri.
Marwan meraung, merintih dan menyesal kerana dendamnya telah menjadi padah. Kejahatan Marwan itu akhirnya menyebabkan anak kesayangannya terbunuh di tangannya sendiri.
Selepas tragedi itu, masyarakat perkampungan atas air itu mendapat iktibar bahawa kehidupan harus diteruskan dalam suasana yang harmoni. Namun masihkah ada kesempatan untuk Marwan bertaubat?