Telefilem Indra 3 Sisi Di TV1

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Indra 3 Sisi yang akan bersiaran pada 11 Oktober 2025, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem khas yang dibawakan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia ini merupakan arahan Asya Kamaruddin yang juga merangkap penulis skrip dan diterbitkan oleh produksi Optimum Motion Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 11 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 pm
Penulis Skrip : Asya Kamaruddin
Pengarah : Asya Kamaruddin
Produksi : Optimum Motion Pictures Sdn. Bhd.

Indra 3 Sisi

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem ini ialah Syazwan Zulkifly, Haleeda, Dayang Areeda, Rahim Jailani, Didi Astillah, Liza Rafar, Fareez Fauzi, Izhan Fahmi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Syazwan Zulkifly sebagai Indra
  • Dayang Areeda sebagai Norma
  • Haleeda sebagai Rita
  • Didi Astillah sebagai Suri
  • Liza Rafar sebagai Dr. Marlia

Sinopsis Telefilem Indra 3 Sisi

Telefilem Indra 3 Sisi mengisahkan tentang Suri, seorang wanita yang mengalami tekanan emosi dan menjalani rawatan bersama Dr. Marlia, seorang pakar psikiatri.

Advertisements

Dalam sesi rawatan itu, Dr. Marlia berkongsi kisah tentang Indra iaitu seorang lelaki yang dihimpit konflik apabila ibunya, Umi, memaksanya mengkhianati perniagaan milik Mama sendiri.

Tindakan itu menyebabkan hidup Indra menjadi kucar-kacir dan penuh penyesalan. Namun, dengan sokongan ayah, rakan-rakan, Mama serta adik-adiknya, Indra akhirnya bangkit semula selepas kebenaran terdedah dan Umi diceraikan oleh Yazid.