Telefilem Janji Kasih Di TV1 (Panggung RTM)

Saksikan telefilem Janji Kasih yang akan bersiaran semula pada 11 Januari 2025, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan Sham Jr., nukilan skrip daripada Mazelan Manan dan diterbitkan oleh syarikat produksi DreamWorks Film Production

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 11 Januari 2025 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Pengarah : Sham Jr.
Produksi : DreamWorks Film Production

Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telemovie ini seperti Norlia Ghani, Reen Rahim, adik Rayyana Rayqa, Shahkimin, Syaffiq Sahli, Fiena Muktar, Syamin Azlah dan ramai lagi.

  • Norlia Ghani sebagai Tijah
  • Reen Rahim sebagai Kasih
  • Adik Rayyana Rayqa sebagai Elisya
  • Shahkimin sebagai Sudin
  • Syaffiq Sahli sebagai Zakry
  • Fiena Muktar sebagai Rose
  • Syamin Azlah sebagai Marlia

Sinopsis Telefilem Janji Kasih

Telefilem Janji Kasih mengisahkan tentang Kasih telah berkahwin dengan Zakry seorang kontraktor dari bandar dan mempunyai seorang anak bernama Alisya.

Advertisements

Sebelum berpindah ke bandar, Kasih telah berjanji akan pulang setiap bulan untuk menziarah dan menjaga ibunya.

Namun, semuanya berubah apabila Zakry langsung tidak membenarkan Kasih bekerja dan mengongkong kehidupan Kasih!

Leave a Comment