Telefilem Lumping Putih Di TV1 (Panggung RTM)

Sempena Maal Hijrah, RTM bawakan telefilem khas berjudul “Lumping Putih” yang akan menemui penonton pada hujung minggu ini menerusi slot Panggung RTM di saluran TV1.

Ianya merupakan sebuah kisah tentang unsur khurafat yang ada dalam tradisi kuda kepang yang merupakan tarian tradisi masyarakat Johor dan Lumping Putih itu sendiri merujuk kepada alat tradisi tersebut.

lumping putih

Sinopsis Telefilem Lumping Putih

Telefilem Lumping Putih mengisahkan tentang keluarga yang merupakan penerus warisan tarian kuda kepang.

Mim Lazim merupakan ayah kepada Alif Narbawi, Lam Nasyrah dan Mim Iqlab. Mim Lazim mahu menurunkan warisan kuda kepang kepada anak sulung Alif Narbawi, namun Mim Iqlab tidak setuju kerana ayahnya mahu mengekalkan kuda kepang tradisional yang ada ritual pembuka dan penutup.

Pada masa sama wujud watak Megat yang merupakan orang kepercayaan Mim Lazim cuba untuk menagih janji menjadikannya pewaris penerus generasi kuda kepang kumpulan mereka. Namun apabila Mim Lazim mungkir janji, dia mula menyimpan dendam dalam diam.

Sementara itu, Mim Iqlab mahu memberi nafas baru dan tiada lagi ritual-ritual khurafat. Mim Lazim yang skeptikal tidak setuju apatah lagi Mim Iqlab seorang perempuan.

Atas sebab konflik yang berlaku ini Mim Lazim jatuh sakit. Dapatkah Mim Lazim melihat kesungguhan Mim Iqlab dan terbuka menerima perubahan?

Advertisements

Pelakon Dan Watak Lakonan

Telefilem ini menampilkan gandingan pelakon baru dan berpengalaman seperti Zaidi Omar, Azizah Mahzan, Soffi Jikan, Akmal Ahmad, Amalina Arham, Hazrat Muaz, Adam Ikmal, Ruzaidi Abd Rahman, Asmidar dan ramai lagi.

  • Zaidi Omar sebagai Mim Lazim
  • Amalina Arham sebagai Mim Iqlab
  • Adam Ikmal sebagia Bayu
  • Akmal Ahmad sebagai Alif Narbawi
  • Hazrat Muaz sebagai Lam Nasyrah
  • Soffi Jikan sebagai Megat
  • Azizah Mahzan sebagai Khadijah
  • Ruzaidi Abd Rahman sebagai Bung
  • Asmidar sebagai Mawar
lumping putih

Produksi & Pengarah

Telefilem ini mendapat sentuhan daripada pengarah Epo Jenon, nukilan skrip daripada Roydy Rokidy dan diterbitkan oleh pihak RTM sendiri menerusi Unit Drama TV RTM.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Lumping Putih yang akan menemui penonton pada 6 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment