Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya Di Astro Ria

Jika sebelum ini dikeluarkan versi drama, kali ini akan ditayangkan versi telefilem untuk My Famous Ex-Boyfriend Raya menerusi saluran Astro Ria.

Tayangan khas sempena Aidilfitri ini akan menemui penonton pada pagi raya 1 Syawal dimana masih dikekalkan pelakon asal versi drama.

Sinopsis Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya

Telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya mengisahkan tentang perjalanan hidup baharu Jamie, Sameera dan anaknya Affan sebagai sebuah keluarga yang bahagia.

Namun dalam keseronakan menyambut Ramadan sebagai isteri Jamie, Sameera terkenangkan masa silamnya bersama Haque Zuhal dengan rasa simpati.

Sameera mula tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada Haque Zuhal, dengan misi untuk mencari Haque kerana dia percaya Haque layak untuk diberikan peluang kedua.

Namun Haque telah memilih untuk menjalani kehidupan baru sebagai penyanyi jalanan. Identiti rahsianya tidak lama kemudian ditemui oleh gadis berbakat Bella.

Namun, niat baik Sameera disalah faham malah dikecam hebat nitizen. Dapatkah mereka kembalikan sinar bintang Haque Zuhal?

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat sama seperti versi drama sebelumnya; Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari, Aleza Shadan dan ramai lagi.

  • Nadhir Nasar sebagai Jemie
  • Qasrina Karim sebagai Sameera
  • Hael Husaini sebagai Haque Zuhal
  • Ara Johari sebagai Bella
  • Aleza Shadan sebagai Saidah
my famous ex boyfriend raya

Produksi & Pengarah

Telefilem romantik drama ini merupakan arahan Hadith Omar, nukilan skrip daripada Arshad Adam dan diterbitkan oleh produksi iFabulous Art Media & Event (iFame).

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem My Famous Ex-Boyfriend Raya pada 10 April 2024, hari Rabu, pukul 10.00 pagi menerusi Astro Ria saluran 104 dan secara online di Astro Go.

Dimana Ditayangkan?

Astro Ria (104)

Tarikh Tayangan?

10 April 2024 (Rabu)

Waktu Bersiaran

10.00 pagi

Leave a Comment