Telefilem Overnight Wali Di Asto Ria

Astro bawakan sebuah telefilem khas sempena Aidilfitri berjudul Overnight Wali yang akan menemui penonton pada hari raya ke-4 menerusi saluran Astro Ria.

Sebuah telefilem romantik komedi yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Meerqeen, Arabella dan Dato’ Aaron Aziz.

overnight wali

Sinopsis Telefilem Overnight Wali

Telefilem Overnight Wali mengisahkan tentang Husaini iaitu seorang bapa kepada Amanda yang gemar membandingkan cara dia menjaga anak dengan orang lain.

Pada suatu hari, selepas dia bangun dari tidur, dia mendapati Amanda yang sebenarnya berumur 5 tahun, kini sudah berusia 25 tahun dan akan berkahwin lagi dua hari.

Selepas mempelajari latar belakang Joey yang serba kekurangan, Husaini membuat rancangan untuk meyakinkan Amanda untuk memilih Adam iaitu seorang lelaki yang pernah dia hina sewaktu kecil dahulu.

Usahanya untuk menghentikan perkahwinan itu menyebabkan kekacauan dan ketegangan berlaku. Husaini sedar kesilapannya pada malam sebelum perkahwinan Amanda dan meminta maaf.

Pagi berikutnya, Husaini terjaga dan berasa lega kerana mendapati Amanda kembali kepada usia 5 tahun. Dia nekad untuk berubah menjadi lebih baik.

Senarai Pelakon

Senarai pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Meerqeen, Dato’ Aaron Aziz, Arabellah, Nabil Aqil, Siti Elizad Sharifuddin, Raja Shah Rezza, Zarynn Min dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Dato Aaron Aziz sebagai Husaini
  • Meerqeen sebagai Joey
  • Arabella sebagai Amanda

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan hasil buan tangan pengarah Bade Hj. Azmi, hasil nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh produksi Global Station Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk menyaksikan telefilem Overnight Wali yang akan menemui anda pada 13 April 2024, hari Sabtu, jam 10.00 pagi menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Ria
Tarikh : 13 April 2024 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Pagi
Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Bade Hj. Azmi
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.

Leave a Comment