Telefilem Pinggan Retak Di Tapak Tangan Di Astro Ria

Telefilem Pinggan Retak Di Tapak Tangan merupakan sebuah telefilem khas Aidilfitri yang akan ditayangkan pada hari kedua Syawal di saluran Astro Ria.

BACA : Telefilem Menarik Sepanjang Syawal Di Astro Ria

Sebuah cerita yang mempunyai mesej dan pengajaran ini menampilkan gandingan hebat pelakon otai iaitu Dato’ Jalaluddin Hassan bersama Datuk Fauziah Nawi.

pinggan retak di tapak tangan

Sinopsis Telefilem Pinggan Retak Di Tapak Tangan

Pinggan Retak Di Tapak Tangan mengisahkan tentang Mak Ya seorang isteri yang menghidap penyakit Alzheimer. Tetapi suaminya, Pak Brahim menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak.

Mereka telah menganggap Arman yang merupakan seorang pendatang tanpa izin yang tinggal berhampiran dengan mereka sebagai anak sendiri.

Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap 4, dia tetap menjaga Mak Yah dengan sepenuh hati. Apabila Arma meninggal dunia akibat kemalangan, Mak Yah menjadi semakin teruk.

Dia mula mencederakan suaminya. Disebabkan itu, Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital. Ketika takbir raya berbunyi, mereka bersatu semula, sambil tersenyum ke arah satu sama lain.

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Azri Safix, Datuk Fauziah Nawi, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Myra Afrina dan ramai lagi.

  • Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Pak Berahim
  • Datuk Fauziah Nawi sebagai Mak Yah
  • Azri Safix sebagai Arman
  • Anne Abdullah sebagai Suraya
  • Zulkifli Ismail sebagai Badrul
  • Myra Afrina sebagai Hanis

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Harris Fadzillah Abd Samad, nukilan skrip daripada Azlina Pa’wan dan diterbitkan oleh produksi Country Universal Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telemovie Pinggan Retak Di Tapak Tangan yang akan menemui penonton pada 11 April 2024, hari Khamis, jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Advertisements

Dimana Ditayangkan?

Astro Ria 104

Tarikh Bila Ditayangkan?

11 April 2024 (Khamis)

Waktu Bersiaran

11.00 Malam

Leave a Comment