Telefilem Puan Bos Di TV1

Pada awal siaran, telefilem Puan Bos ditayangkan di TV2 dan kini akan menemui penonton semula menerusi slot Panggung RTM pula di TV1.

Telefilem ini memaparkan bagaimana kehidupan sepasang suami isteri di tempat kerja dengan menampilkan keadaan bagaimana si isteri menjadi bos kepada si suami.

puan bos

Sinopsis Telefilem Puan Bos

Telefilem Puan Bos mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang keduanya merupakan pereka hiasan dalaman kuat kerja atau ‘workhalic’ berhadapan dengan cabaran yang terhebat dalam perkahwinan mereka apabila si isteri menjadi bos kepada suaminya.

Tasha telah dilantik sebagai Head Of Department di syarikat suaiminya walaupun jawatan tersebut diidam-idamkan oleh suaminya. Dengan jawatan yang diperoleh tersebut, kini Tasha telah menjadi bos kepada suaminya.

Agaknya apalah perasaan Nazri apabila isterinya sendiri akan jadi bos kepadanya?

Pelakon Dan Watak Lakonan

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Ran Hashim Raja Lawak, Fatin Nur Azzreen, Man Raja Lawak, Joyce Harn dan ramai lagi.

  • Nadiya Nisaa sebagai Puan Tasha/Puan Bos
  • Zahiril Adzim sebagai Nazri
  • Joyce Harn sebagai Jasmin
  • Fatin Nur Azzreen sebagai Sally
  • Man Raja Lawak sebagai Daniel

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Amzari Amir, nukilan skrip daripada Adza Emir Adenan dan diterbitkan oleh produksi Wayang Tinggi Produksi Sdn. Bhd.

Advertisements

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Puan Bos yang akan menemui penonton pada 4 Mei 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.

Dimana Disiarkan

Slot Panggung RTM di TV1

Waktu Disiarkan

4 Mei 2024 (Sabtu), jam 9.00 malam

Leave a Comment