Telefilem Raja Sungei Di TV1 (Panggung RTM)

Sempena Pesta Keaamatan, RTM bawakan kembali telefilem Raja Sungei yang akan menemui penonton menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Sebuah telefilem yang mengetengahkan kandungan tempatan, bakat tempatan, gaya hidup tempatan dan juga Sarawak termasuk menggunakan dialek Sarawak sepenuhnya.

raja sungei

Sinopsis Telefilem Raja Sungei

Telefilem Raja Sungei mengisahkan tentang Adam yang pulang ke kampung halamannya selepas 20 tahun mengikut keluarga berhijrah ke bandar bagi menyelesaikan masalah tanah pusaka peninggalan ayahnya.

Kampung itu suatu ketika dahulu merupakan juara pertandingan lumba perahu dan merangkul gelaran Raja Sungei, namun segalanya berubah setelah berlaku kemalangan mengakibatkan kematian beberapa pendayungnya.

Kejadian itu juga menyebabkan penduduk kampung berpecah belah dan Adam telah berusaha mengembalikan semangat perpaduan penduduk kampung dan juga berusaha mengembalikan takhta “Raja Sungei” ke kampung halamannya.

Pelakon Dan Watak Lakonan

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Anding Indrawani, Melati Mellisa, Zielan Madinil, Wahab Daszz Hairaf, Kahar Jini, Nur Afifah Ismail, Lela Hassan, Mohamad Halil Hambri, Iswandi Bolhassan dan ramai lagi.

Advertisements
  • Anding Indrawani sebagai Adam
  • Melati Melissa sebagai Faridah
  • Zielan Madinil sebagai Latep
  • Wahab Daszz Hairaf sebagai Pak Semat
  • Kahar Jini sebagai Pak Seruji
  • Halil Hambri sebagai Sebli
  • Afifah Ismail sebagai Gayah
  • Lela Hassan sebagai Mak Tijah

Produksi & Pengarah

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Azwandy@Mcgee Suhaimi, nukilan skrip daripada Zakaria Hassan dan diterbitkan oleh RTM Sarawak sendiri.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Raja Sungei yang akan menemui penonton semula pada 1 Jun 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment