Telefilem Raya Dengan Cinta Di Astro Ria

Pagi raya anda akan disajikan dengan sebuah telefilem romantik komedi berjudul Raya Dengan Cinta yang akan bersiaran pada hari raya ketiga menerusi Astro Ria.

BACA : Senarai Telemovie Raya Aidilfitri Di Astro

Sebuah telefilem yang mengisahkan tentang bagaimana isteri kepada seorang mualaf berbangsa cina menyambut Ramadan dan Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina.

telefilem menarik aidilfitri di astro raya dengan cinta

Sinopsis Telefilem Raya Dengan Cinta

Telefilem Raya Dengan Cinta mengisahkan tentang Rashid iaitu seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya, Shila menyambut 10 Ramadan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina.

Memandangkan keluarga Shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan.

Pelbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Meskipun begitu, Rashid dan keluarganya berusaha juga untuk merialisasikan impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Hawa Rizwana, Yong Zhen Ning, Then Jo Lin, Joanne Kam Poh Poh, Chew Kinwah dan pelakon-pelakon hebat yang lain juga turut serta.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Hawa Rizwana sebagai Shila
  • Yong Zhen Ning sebagai Rashid
  • Chew Kinwah sebagai Encik Ho

Produksi & Pengarah

Telefilem khas raya ini mendapat sentuhan daripada pengarah Azmer Affandi, penulisan skrip daripada panel MIG Production Sdn. Bhd. sendiri merangkap sebagai produksi bagi cerita ini.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Raya Dengan Cinta yang akan menemui penonton pada 12 April 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 pagi menerusi Astro Ria saluran 104 dan Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Ria
Tarikh : 12 April 2024 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Pagi
Skrip : Panel MIG
Pengarah : Azmer Affandi
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment