Telefilem Raya Tak Nampak Di TV1

Untuk meraikan sambutan Aidilfitri, RTM bawakan telefilem khas istimewa Raya Tak Nampak menerusi slot Panggung RTM yang akan menemui penonton pada 13 April ini di TV1.

Sebuah telefilem komedi dengan menampilkan pelakon seperti Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil dan ramai lagi.

telefilem menarik aidilfitri rtm raya tak nampak

Sinopsis Telefilem Raya Tak Nampak

Tiga hari sebelum Syawal, kutipan jualan bazar Ramadan tiga bujang, Oyen, Sapok dan Elly semakin tidak memberangsangkan. Tahun ini Hari Raya mereka seperti ‘tak nampak’ sahaja.

‘Raya’ pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Persembahan (drama) yang terdesak mendapatkan markah cemerlang dalam subjek “Improvisation Acting” sanggup menyamar sebagai gadis buta di sebuah Bazar Ramadan.

Sementara itu Oyen, Sapok dan Elly yang baru selesai meniaga di bazar berjaya menyelamatkan Raya dari diragut.

Setelah mengetahui ‘Raya Tak Nampak’ (buta) dengan kisah sedih tiada duit nak balik raya, tiga bujang yang mudah simpati dengan gadis cantik, menawarkan Raya pulang ke kampung bersama-sama. Kebetulan pula kampung mereka berdekatan.

Di dalam perjalanan, masing-masing cuba memikat Raya tetapi pelbagai ragam dan masalah pula mereka terpaksa tempuhi sepanjang perjalanan ke kampung. Mereka semakin cemas apabila dikejar oleh seorang lelaki Cina yang memandu jip.

Mereka akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Mereka malu mahu berdepan dengan dengan Kak Long kerana sebelum ini pernah menolak tawaran Kak Long membantu menjual kerepek. Mereka enggan sebab mahu berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita mereka. Namun mereka gagal.

Di rumah Embah Pati, tiga bujang melihat Raya membawa mangkuk tingkat datang beraya. Rupanya Raya tidaklah buta. Tiga bujang kecewa. Rasa ditipu.

Dalam perjalanan Raya ke rumah yang lain, dia diculik oleh konco gangster. Oyen yang masa itu menyaksikan kejadian tersebut dan memecut motorsikal mengejar kereta gangster.

Siapakah Raya sebenarnya dan apakah motif dia berpura-pura buta, dan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Raya di culik oleh gangster dan siapakah lelaki yang selalu mengekori Raya???

Pelakon & Watak

Raya Tak Nampak menampilkan gandingan pelakon seperti Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil, Zila Bakarin, Mandy Chong, Munir Zainal, Sasikumar Kandasamy dan ramai lagi.

Advertisements
  • Wani Kayrie sebagai Suraya
  • Danial Zaini sebagai Sapok
  • Mamak Puteh sebagai Elly
  • Imran Aqil sebagai Oyen

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Nor Ashikin Zainal, Wan Afzam bersama Fatin Athiera, nukilan skrip daripada Che Li dan diterbitkan oleh syarikat produksi Unit Drama TV RTM.

Waktu Bersiaran

Saksikan telemovie Raya Tak Nampak pada 13 April 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh strim secara online di RTM Klik.

Tayangan

Slot Panggung RTM di TV1

Tarikh Bersiaran

13 April 2024 (Sabtu) – 4 Syawal

Masa Tayangan

9.00 Malam

Leave a Comment