Telefilem Sebelum Sesuatu Di TV1 (Panggung RTM)

Sebuah telefilem khas akan ditayangkan sempena Hari Bapa berjudul Sebelum Sesuatu yang mana akan menemui penonton pada 21 Jun 2024, hujung minggu ini menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Sebuah telemovie yang berkisar tentang tanggungjawab terakhir seorang bapa untuk menjadi wali kepada anak perempuannya dimana menampilkan gandingan Ika Nabila dan Johan As’ari.

sebelum sesuatu

Sinopsis Telefilem Sebelum Sesuatu

Telefilem Sebelum Sesuatu mengisahkan Ahdiyat iaitu seorang bapa yang telah kematian isteri dan sangat menyayangi anak kandungnya, Nisa.

Dia menetap di kampung bersama dengan seorang pemuda yatim piatu yang dianggapnya seperti anak sendiri iaitu Sofian. Nisa, anak gadisnya yang manja bakal berkahwin dengan pemuda bernama Nadim.

Suatu hari, sewaktu pertemuan di antara dua keluarga, ayahnya berperangai pelik dan berkelakuan seperti tidak siuman membuatkan Nisa malu di hadapan Nadim dan ibunya. Nisa meminta penjelasan di atas kelakuan Ahdiyat namun ayahnya itu terus berdiam diam seolah-olah tiada apa perkara buruk yang telah berlaku.

Salah faham Nisa kepada Ahdiyat semakin teruk apabila dia sebagai wali tidak munculkan diri dan hilang sepanjang urusan persediaan perkahwinan Nisa membuatkannya mula bencikan ayahnya.

Nadim mula mengesyaki Ahdiyat menyembunyikan sesuatu kerana kepelikan tinkah lakunya, namun usahanya mengorek rahsia Ahdiyat digagalkan oleh Sofian menyebabkan berlaku konflik di antara mereka berdua.

Sementara itu, keretakan hubungan antara Nisa dengan Ahdiyat menyebabkannya mula percaya akan syak wasangka Nadim terhadap Sofian.

Pada Nisa, Ahdiyat adalah bapa yang sengaja menjatuhkan air mukanya di hadapan keluarga Nadim kerana tidak merestui perkahwinannya.

Pada Nadim, Ahdiyat bakal bapa mentuanya itu telah dipergunakan oleh Sofian. Dia yakin Ahdiyat begitu kerana Sofian mempunyai niat buruk terhadap Nisa dan dirinya.

Manakala Sofian pula menganggap Sofian bapa angkatnya yang perlu dilindungi rahsianya agar keinginannya terlaksana.

Advertisements

Dan pada Ahdiyat, dia perlu melawan Alzheimer yang mungkin menjadi penghalang kepada hasratnya menjadi wali… demi tanggungjawabnya yang mungkin terakhir kali sebagai bapa kepada Nisa sebelum memorinya hilang sepenuhnya.

Barisan Pelakon Dan Watak

Selain daripada Ika dan Johan, terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Bohari Ibrahim, Amirul Affendi, Khai Sabri, Fazlina Ahmad Daud, Ashraf Muslim, Zainon Ismail dan ramai lagi.

  • Bohari Ibrahim sebagai Ahdiyat
  • Ika Nabila sebagai Nisa
  • Johan As’ari sebagai Nadim
  • Amirul Affendi sebagai Sofian
  • Khai Sabri sebagai Harith
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Hajah Aishah
  • Ashraf Muslim sebagai Dr. Amran

Produksi & Pengarah

Telefielm ini merupakan arahan Danny Alamsyah, nukilan skrip daripada Azrie Izham Hamzah dan diterbitkan oleh pihak RTM sendiri menerusi Unit Drama TV RTM.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Sebelum Sesuatu yang akan bersiaran pada 22 Jun 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment