Table Of Content
Sempena Hari Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan bawakan sebuah telefilem khas berjudul Selampai Labung yang akan bersiaran pada Sabtu ini, menerusi slot Panggung RTM di TV1.
Selain daripada kisah disebalik cerita, telefilem ini juga mengajak penonton mengenali warisan pua kumbu iaitu seni tenunan tekstil istimewa masyarakat Iban yang dikekalkan sehingga kini.
Sinopsis Telefilem Selampai Labung
Telefilem Selampai Labung mengisahkan tentang tentang Elvina dan Sunan iaitu dua insan dengan latar berbeza yang bertembung kerana terikatnya mereka dengan warisan, budi, dan harapan.
Elvina merupakan waris Enny, Indu Ngar di Nanga Krau yang telah meninggalkan rumah panjang itu berbelas tahun lamanya. Kepulangannya ke Nanga Krau adalah demi menyahut kepentingan peribadinya.
Namun pertertemuannya dengan Sunan, Jara dan Gawin membuka lembaran sejarah silam keluarganya dan masa depan tradisi Pua Kumbu yang semakin pupus ditelan zaman. Lalu apakah kesudahannya?
Barisan Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie Selampai Labung ini seperti Johan As’ari, Dewi Seriestha, Samarinna Tolhip, Wily Alfred, Tony Eusoff, Sherie Merlis dan ramai lagi.
- Johan As’ari sebagai Sunan
- Dewi Seriestha sebagai Elvina
Produksi & Pengarah
Telefilem khas ini merupakan arahan Danny Alamsyah, nukilan skrip daripada Marrulhuda Mawardi dan diterbitkan oleh Unit Drama TV RTM sendiri.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Selampai Labung yang akan menemui penonton pada 14 September 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.