Telefilem Serambi Syurgamu Di TV Okey

Sempena Syawal yang bakal menjelang, RTM bawakan telefilem khas berjudul Serambi Syurgamu yang akan menemui penonton pada 3 syawal di saluran TV Okey.

Sebuah telefilem yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Normah Damanhuri, Shasha Abedul, Qi Razali dan ramai lagi.

serambi syurgamu

Sinopsis Telefilem Serambi Syurgamu

Telemovie Serambi Syurgamu mengisahkan tentang Orked iaitu gadis berjiwa rock yang sentiasa ceria. Dia menjadi pelatih di sebuah syarikat di pinggir kota dan tinggal bersama abangnya, Budi.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dia bertemu dengan seorang tua yang ditinggalkan sehelai sepinggang. Wanita itu tidak memiliki telefon bimbit dan hilang ingatan.

Dia bertekad untuk membantu menyatukan wanita tersebut ke pangkuan keluarganya. Namun kehadiran wanita tua tersebut telah mempertemukan Budi dengan Dr. Faz yang membawa kepada terbongkarnya peristiwa hitam sahabat barunya, Indra.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Shasha Abedul, Qi Razali, Normah Damanhuri, Sharifah Husna, Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shasha Abedul sebagai Orked

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi, nukilan skrip daripada Nelly Nasir dan diterbitkan oleh syarikat produksi Redboy Pictures.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Serambi Syurgamu yang akan menemui penonton pada 12 April 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV Okey dan secara online di RTM Klik.

Advertisements

Bersiaran

TV Okey

Tarikh Disiarkan

12 April 2024 (Jumaat) – 3 Syawal

Waktu Bersiaran

10.00 Malam

Leave a Comment