Telefilem Sulaman Cinta Khat Di TV1 (Panggung RTM)

RTM tidak ketandusan cerita apabila sekali lagi akan membawakan sebuah telefilem terbaru berjudul Sulaman Cinta Khat yang akan bersiaran menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Telefilem yang bakal bersiaran pada hujung minggu ini nanti menampilkan beberapa nama pelakon yang sudah dikenali seperti Ooi Liang Chia, Sharifah Husna, Ungku Ismail Aziz dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Sulaman Cinta Khat

Telefilem Sulaman Cinta Khat mengisahkan tentang Mardhiah iaitu pelajar terbaik dalam kelas khat, berkawan dengan Isaac, seorang Cina yang bermimpi tentang tulisan khat iaitu kaligrafi arab.

Mardhiah menasihati Isaac untuk belajar dengan Aliudin di Terengganu.  Setelah menceritakan mimpinya dan mendapat tafsiran dari Aliudin, Isaac memeluk Islam dan menghadiahkan tulisan khat kepada Mardhiah.

Pelakon Dan Watak

Selain daripada Ooi Liang Chia, Sharifah Husna dan Ungku Ismail, terdapat juga nama-nama lain seperti Atiq Azman, Alvin Wong, Ain Ivone, Jo Lin, Anis Atikah, Sarah Monikag, Hanna Halim, Rayyan Mikhail, Khairul Anwar dan ramai lagi.

Advertisements
  • Ooi Liang Chia sebagai Isaac
  • Sharifah Husna sebagai Mardhiah

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Ungku Ismail Aziz yang juga merangkap sebagai penulis skrip dan diterbitkan oleh syarikat produksi MIG Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Sulaman Cinta Khat yang akan bersiaran pada 21 September 2024, hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Leave a Comment