Telefilem Terpaling Drama Di Astro Ria

Sempena Syawal ini, jangan lupa saksikan telefilem Terpaling Drama yang akan menemui penonton pada hari ke-5 Syawal menerusi saluran Astro Ria.

BACA : Senarai Telefilem Raya Best Di Astro Sepanjang Aidilfitri Ini

Telefilem ini menampilkan penampilan pertama dalam dunia lakonan menerusi juara Dewi Remaja 2024 iaitu Nurel Baharin disamping pelakon-pelakon hebat yang lain.

terpaling drama

Sinopsis Telefilem Terpaling Drama

Telefilem Terpaling Drama mengisahkan tentang Zee iaitu seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambuat Hari Raya.

Tetapi kehidupannya tidak begitu indah apabila Zee selalu bertengkar dengan mak dia iaitu Hasnah yang sangat obses dengan drama Melayu.

Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ini dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise.

Ketika berada dalam alam drama tersebut, Zee diingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar.

Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi tersebut, tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semula dengan ibunya.

Advertisements

Barisan Pelakon

Dalam telefilem ini, terdapat ramai pelakon-pelakon hebat yang terlibat antaranya Sazzy Falak, Nurel Baharin, Razin Qidran, Mustaqim Bahadon dan beberapa nama lain lagi.

Watak Lakonan

  • Nurel Baharin sebagai Zee
  • Sazzy Falak sebagai Hasnah

Produksi & Pengarah

Telefilem tentang kekeluargaan ini merupakan arahan pengarah berbakat, Liyana Jasmay, nukilan skrip daripada Farah Bani dan diterbitkan oleh produksi Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telemovie Terpaling Drama yang akan menemui penonton pada 14 April 2024, hari Ahad, pukul 10.00 pagi di saluran Astro Ria dan Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Ria
Tarikh : 14 April 2024 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Skrip : Farah Bani
Pengarah : Liyana Jasmay
Produksi : Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Leave a Comment