Telefilem Zero To Millionaire Di Astro Warna

Sempena Aidilfitri ini, jangan lupa saksikan telefilem khas raya Zero To Millionaire yang akan bersiaran pada syawal ke-3 menerusi Astro Warna di saluran 107.

Telefilem komedi ini bakal menampilkan trio kumpulan yang juga juara Maharaja Lawak Mega 2024 iaitu Sharif, Syaiful dan Atu sebagai teraju utama.

zero to millionaire

Sinopsis Telefilem Zero To Millionaire

Telefilem Zero To Millionaire mengisahkan tentang tiga beradik yang juga digelar Mad, Mid Mud yang bekerja sebagai pencuci kereta.

Satu ketika seorang pelanggan menuduh mereka mencalarkan keretanya. Mad menafikan lalu bertindah agresif kepada pelanggan tersebut.

Disebabkan perkara itulah, Mad, Mid dan Mud ditahan dan didakwa. Tiba-tiba mereka dijamin oleh seorang usahawan bernama Tuan Abu.

Bagi mengelakkan dari terus didakwa, Tuan Abu mensyaratkan merek bertiga untuk bekerja di rumah kebajikan orang tua miliknya.

Barisan Pelakon

Berikut antara pelakon-pelakon yang membintangi telemovie ini seperti Sharif Zero, Syaiful Zero, Atu Zero, Julia Farhana, Shashic Iewan dan ramai lagi.

Advertisements

Watak Lakonan

  • Sharif Zero sebagai Mud
  • Syaiful Zero sebagai Mid
  • Atu Zero sebagai Mad

Pengarah & Produksi

Telefilem ini merupakan arahan pengarah hebat Eoon Shuhaini, nukilan skrip daripada Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh syarikat produksi Arie Zahari Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Zero To Millionaire yang akan bersiaran pada 12 April 2024, hari Jumaat, jam 4.00 petang menerusi saluran Astro Warna 107 dan Astro Go secara online.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Warna
Tarikh : 12 April 2024 (Jumaat)
Waktu : 4.00 Petang
Skrip : Aziz M. Osman
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : Arie Zahari Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment