Table Of Content
Jangan lupa hujung minggu ini untuk saksikan telefilem Blues Hari Isnin yang akan disiarkan pada 20 Julai 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.
Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan adaptasi cerpen dengan judul yang sama ‘Blues Hari Isnin’ karya Hadi M. Nor.
Ianya diarahkan oleh Amirul Ariff Abdul Wahab, nukilan skrip daripada tuan Hadi M. Nor sendiri dan diterbitkan oleh syarikat produksi Two Tones Sdn. Bhd.
Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 20 Julai 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Hadi M. Nor
Pengarah : Amirul Ariff Abdul Wahab
Produksi : Two Tones Sdn. Bhd.
Pelakon & Watak
Antara pelakon-pelakon yang membintangi telefilem Blues Hari Isnin ialah Syafi Tee, Sherwin Sim, Ridzuan Hashim, Arash Mohd, Dayang Areeda, Man Raja Lawak, Bohari Ibrahim, Hasnizam Zainal, Haminder dan ramai lagi
- Syafi Tee sebagai Riad
- Sherwin Sim sebagai Marcus
- Ridzuan Hashim sebagai Dato’ Ghazi
- Arash Mohd sebagai Encik Akmal
- Dayang Areeda sebagai Arina
- Man Raja Lawak sebagai Pemilik Rumaj
Sinopsis Telefilem Blues Hari Isnin
Telefilem Blues Hari Isnin bermula apabila Riad, yang sedang bersiap untuk membuat perbentangan di syarikat Dato Ghazi, terkejut apabila menemui seorang lelaki di dalam bonet keretanya.
Lelaki tersebut sebenarnya adalah mangsa langgar rakannya, Marcus. Riad meminta agar lelaki itu diletakkan di tempat lain kerana dia perlu meneruskan perbentangannya. Tanpa disedari, lelaki itu sebenarnya adalah Dato Ghazi sendiri.