Telemovie Manaf, Zahir Dan Bunian Di Astro Warna

Astro Warna turut juga bawakan beberapa telefilem khas raya termasuk Manaf, Zahir dan Bunian yang mana akan menemui penonton pada 4 syawal nanti.

BACA : Telefilem Menarik Sempena Aidilfitri Di Astro Ria

Sebuah telefilem komedi yang menampilkan Namie, Kamarool Hj. Yusof dan Dewa Arteh antara teraju utama untuk cerita ini.

manaf zahir dan bunian

Sinopsis Telefilem Manaf, Zahir dan Bunian

Telefilem Manaf, Zahir dan Bunian mengisahkan tentang Manaf seorang pemuda berumur 30-an yang tinggal bersama bapanya iaitu Zahir di sebuah kampung.

Manaf telah kehilangan ibunya sejak berumur 15 tahun dan sejak daripada itulah, ayahnya mula nyanyuk dan menghadapi beberapa penyakit kronik.

Konflik bermula apabila di suatu malam, dimaan ayah Manf hilang dari rumah ketika Manaf tida di rumah. Oleh itu, Manaf meminta tolong orang kampung untuk mencari ayahnya.

Selepas dijumpai pengsan di kubur, Manaf bawah ayahnya ke hospital dan sejak itu, ayahnya mula berubah. Zahir menjadi lebih serius dan selalu bercerita tentang kematian.

Sehinggalah suatu hari, ayahnya membuat satu permintaan terakhir yang juga anek daripada anaknya iaitu untuk berhari raya di alam bunian.

Advertisements

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Namie, Kamarool Hj. Yusof, Dewa Arteh, Bella Astillah, Madina Wafa, Reza Mukmin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Namie sebagai Manaf
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Zahir
  • Dewa Arteh sebagai Ijam

Produksi & Pengarah

Telefilem komedi ini merupakan arahan Issey Fazlisham yang juga merangkap penulis skrip bersama Norsyiella Annuar dan diterbitkan oleh produksi Red Bean Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk tonton telefilem Manaf, Zahir dan Bunian pada 13 April 2024, hari Sabtu, pukul 4.00 petang menerusi saluran Astro Warna dan Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Warna 107
Tarikh : 13 April 2024 (Sabtu)
Masa : 4.00 Petang
Skrip : Issey Fazlisham, Norsyiella Annuar
Pengarah : Issey Fazlisham
Produksi : Red Bean Production Sdn. Bhd.

Leave a Comment